KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Jumaat, 6 April 2012

BAB 8 : AKU BUKAN LALANG


Bab 8
           
Kerja-kerja yang melibatkan wang syarikat sememangnya merumitkan. Segala invois, cek, resit dan segala dokumen bernombor berselerak di atas mejanya. Semua itu menambahkan rasa memusing di kepalanya.

Qishrina bersandar di kerusi. Keluhan letih dilepaskan perkahan-lahan.

‘Aduh….banyaknya kerja…’ dia berkata sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk dari luar. Dia melihat pintu kayu yang bersalut cat minyak itu. Licin sekali. Pintu sekali lagi diketuk. Ketukan itu menghambat jauh lamunan dia.

“Masuk!”

Jeritnya dari arah dalam. Pintu itu terkuak. Berkeriuk bunyinya. Dia meneruskan kembali ketjanya yang terganggu. Langsung tidak melihat kea rah tetamu yang masuk.

“Lambatnya nak suruh masuk. Awak buat apa tadi?”

Gulp!

Dia menelan air liurnya. Pahit! Langsung tidak terfikir Firas Azril yang mengetuk pintu tadi.

‘Bagus bos aku ni. Selalunya bos ni main redah jer buka pintu’ desis hatinya.

“Maaf Encik Firas. Saya..saya tak dengar tadi. Boleh saya bantu?”

Qishrina bersuara. Dia kembali duduk menegak. Hari ini lelaki itu tampak lebih segak dari hari-hari sebelumnya. Paling istimewa, buat pertama kalinya dia melihat Firas Azril mengenakan baju rona pink. Comel pula!

“Awak kena tolong saya hari ni.”

Tolong? Tentag apa? Dia mulai membuat tafsiran sendiri.

“Tolong? Erk… tolong apa?”

“Temankan saya jumpa client.”

“Hah!” Qishrina menjerit kecil. Wajahnya betul-betul terkejut.

‘Kenapa pula aku?’

“Tapi… kenapa saya? Laila mana?” laju soalan yang diajukan.

“Awak ni muda-muda dah pelupa. Laila kan ambil M.C. demam campak.”

Ya Allah! Laila menepuk dahi. Bagaimana dia boleh lupa yang Laila sudah 3 hari tidak masuk kerja akibat demam campak.

Kerana tidak mahu keluar bersama, dia terlupa tentang perkara itu. Seboleh mungkin dia tidak mahu mengikut arahan majikannya. Benaknya sedang menyelongkar idea untuk mencari alasan.

Ting!

Matanya tiba-tiba terhenti di atas mejanya. Serta-merta dia sudah temui jawapan!

“Saya minta maaf Encik Firas. Nampaknya saya tak boleh temankan Encik. Kerja saya belum siaplagi ni,” sambil itu jarinya menunjukkan longgokkan kertas-kertas di hadapannya.

“Tentang itu tak apa. Awak boleh buat esok,” Firas Azril menjawab sambil membelek telefon pintarya.

“Tapi Encik yang arahkan untuk siapkan segera kan? Mana nak sempat!” aku memperingatkan dia kembali.

“Iye ke?” Firas Azril buat-buat seperti sedang berfikir.

‘Dia pun dua kali lima pelupa, mengata kat aku!’ kutuk Qishrina dalam hati.

Ok! Kalau macam tu. Saya tarik balik arahan saya. Sekarang, jom! Temankan saya. Saya tunggu awak kat bawah.”

Usai berkata begitu, Qishrina ingin berkata sesuatu.

“Opss!!! No excuse. Ini arahan terbaru saya. Arahan yang lama, dibekukan seketika.”

Saat itu mahu sahaja dia menyumbat invois dan cek itu ke mulut Firas Azril supaya tidak sesuka hati mengeluarkan arahan yang menyakitkan kepalanya. Firas Azril pula sudah hilang di balik dinding.

Dia tiada pilihan. Selesai mengemas mejanya yang sudah seperti kapal pecah. Ketika kakinya memijak keluar dari lift, dia tidak nampak kelibat Firas Azril. Sesungguhnya hatinya amat berat untuk keluar menemani lelak itu. Tapi apakan daya, masalah peribadi harus tolak ke tepi. Dia cuba menjadi setabah mungkin walaupun jiwanya seperti ingin luruh ke bawah.

Pon!

Sedikit terlompat dia. Matanya meliar mencari arah hon tersebut. Sebuah kereta Toyota menyusur perlhan di hadapannya. Cermin tingkap yang sedia terpasang memudahkan Qishrina melihat gerangan empunya kereta yang mengejutkan dirinya.

“Jom! Kita dah lambat ni,” ujar pemadu tersebut.

Tanpa membuang masa, Qishrina mélangkah malas ke arah kereta itu. Kini dia sudah berada di dalam kereta itu. Haruman wangian kereta jenama Glade Sport menyapa lembut rongga hidungnya. Nyamannya! Hilang seketika berat di kotak fikirannya dek bau wangi itu. Terasa tubuhnya dibelai lembut sekali. Entah mengapa, dia cukup selesa ketika itu.

“Pakai tali pinggang keselamatan tu dulu kalau nak tidur pun. Nanti kena saman, saya juga yang kena bayar,” katanya. Sangat tenang suara itu.

Namun ketenangan itu hanya sebentar. Qishrina terasa mukanya sangat tebal. Pasti Firas Azril dapat melihat wajahnya yang sedang menghidu wangi itu.

‘Ya Allah. Malunya aku’ terus dia menarik tali pinggang itu lalu memandang ke hadapan.

“Kenapa awak diam bila saya ada dekat dengan awak?” soal Firas Azril tiba-tiba.

Qishrina menoleh mencari wajah itu. Beristighfar panjang dibuatnya! Wajah Firas Azril ketika itu sungguh kacak. Kulitnya yang sedari putih tampak lebih berseri apabila baju kemeja merah jambu membaluti tubuh tegapnya itu. Tali leher warna merah hati dipadankan bersama. Seluar hitam menjadi pilihannya kali ini.

Qishrina menatap wajah putih bersih itu pula. Rambutnya dipotong pendek dan kemas! Sapuan gel rambut menampakkan lagi sisi segaknya. Paling membuatkan hati Qishrina terpukau adalah melihat mata tenang itu dilindung oleh kaca mata hitam berjenama mewah. Ini kali kedua dia berperasaan begitu terhadap jejaka yang sama.

“Awak ni kenapa, kacak sangat ke saya ni sampai paandang saya terus tak boleh bercakap?”

Sekali lagi!

Qishrina termalu lagi. Tetapi kali ini hati dia seperti terbuai dengan suara itu. Tenang dari biasa!

“Tak..tak…”

Tergagap dia. Perasaan malu bercampur gementar menguasai diri kali ini.

“Saya tak berapa dengar soalan yang Encik tanya tadi. Apa ye?”

Qishrina pura-pura bertanya. Padahal dia dengar soalan yang diajukan tadi.

“Saya Tanya, kenapa awak selalu diam bila saya ada dekat dengan awak?” Firas Azril mengulangi pertanyaannya.

“Mana ada. Saya memang macam ni,”

“Tipu. Awak bukannya sorang pendiam. Saya tahu,” sangkalnya. Stereng kereta dipulas ketika tiba di satu selekoh.

“Betullah,” Qishrina cuba menyatakan sikapnya yang memang ‘pendiam’.

Ketika itu, Qishrina terdengar brek tangan ditarik. Dia memandang sekeliling. Melihat Firas Azril menanggal tali pinggang keledarnya, Qishrina pasti mereka sudah tiba.

‘Alhamdulillah! Selamat aku daripada kena soal siasat dengan mamat ni,’ ucapnya dalam hati.

Mereka beriringan menyusur tepi jalan sebelum melintas. Kereta agak banyak ketika ini. Mereka perlu ke seberang untuk ke restoran tersebut. Terik mentari yang hangat membakar kulit memanah mata Qishrina. Bagi Firas Azril pula, kaca mata hitam itu penyelamat baginya. Qishrina langsung tidak dapat mngangkat wajahnya untuk memandang kiri dan kanan akibat cahaya matahari.

Tidak semena-mena, tangannya digenggam erat! Tangan yang menggenggam itu menarik Qishrina supaya mengikut langkahnya. Sedar tidak sedar, dia kini sudah berada di seberang jalan. Genggaman di tangannya masih melekat. Perlahan dia memandang. Firas Azril! Dia betul-betul terkesima!

Qishrina terus merungkai genggaman itu. Pada mulanya agak kejap, tetapi selepas direntap tangannya dilepas kembali. Dia memandang wajah Firas Azril. Lelaki itu tersenyum. Qishrina tunduk ke bawah dan memeluk tubuh.

“Tak nak ucap terima kasih ke?” katanya sambil terseyum.

‘Seronok pulak dia ni!’ marahnya dalam hati.

“Kalau saya tak buat macam tu, sah-sah malam nanti baru awak lintas.”

‘Cis! Kurang asam punya majikan. Suka sangat buat aku malu!’

Wajah itu dipandang dari ekor mata. Terasa mahu pitam dia ketika itu! Firas mengenyitkan matanya ke arah Qishrina sambil tersenyum nakal. Kaca mata yang ditanggal dikenakan semula. Hatinya tiba-tiba terpaut pada kenyitan itu!

“Berbalik kepada soalan saya tadi, awak bukan seorang yang pendiam kan. Saya kenal awak Qishrina!”

Zup!!

Denyutan nadinya seakan mahu terhenti! Salur darahnya seperti kering habis! Kakinya pula seperti mahu longlai di situ juga.

‘Apa maksud Firas Azril? Apa maksud SAYA KENAL AWAK QISHRINA?’

Satu persatu jawapan menerjah masuk ruang fikirannya. Semuanya bercampur baur dan susah untuk ditafsir ketika itu. Benarkah apa yang Qishrina fikir selama ini? Dan betulkah maklumat yang diberi oleh Laila petang itu?

Walaupun otaknya ligat memikirkan perkara itu, Qishrina masih lagi sedar yang dia kini sedang berjalan masuk ke sebuah restoran. Firas Azril sudah lima langkah di hadapan.

“Mana client yang Encik Firas cakap tu?”

“Tak jadi datang.”

“What???”

“Ya, what…what?” Tanya Firas Azril kembali.

“Bila Encik dapat tahu?” Qishrina tidak puas hati. Suaranya mulai kendur. Dia sudah kelihatan tidak bertenaga kerana jiwanya semakin berat menanggung satu demi satu masalah.

“Tadi. Dalam kerata masa dalam perjalanan ke sini,” lancar jawapan yang keluar dari bibir merah majikannya.

“Kenapa Encik Firas tak cakap dengan saya…” keluhnya perlahan. Kdengaran sedih sekali.

“Dah awak tak tanya.”

“Perlu ke?” Qishrina semakin berani menyoal.

“Yes! Supaya saya tak kena soal macaam ni dengan awak.”

Qishrina terasa penat untuk terus berkeadaan begitu. Dia menyapu wajah mulusnya dengan kedua belah telapak tangan.

“Awak ni kenapa?” tanya Firas Azril pula. Qishrina yang duduk bertentanga dengannya dipandang.

“Saya nak balik!”

Firas Azril tidak terfikir Qishrina akan bertindak sebegitu. Gadis itu sudah bangun dan menyangkut tas tagan dibahu.

“Qishrina, nanti dulu!” Firas Azril cuba mencapai pergelangan Qishrina, namun dielak.

“Client dah cancel temujanji. Jadi buat apa saya tunggu sini lagi?”

Qishrina cuba bercakap dengan nada penuh lembut. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menengking lelaki itu di situ. Dia rasa seperti ditipu oleh Firas Azril! Dia juga tidak pasti samada temu janji ini betul-betul wujud atau pun tidak!

“Ok..ok. But, awak boleh duduk dulu tak? Please…jangan biar orang pandang kita macam ni,” pujuk Firas Azril. Matanya cuba memberi isyarat kepada Qishrina untuk melihat keadaan sekeliling.

Beberapa pasang mata memandang hairan ke arah mereka. Ada yang sedang berkata sesuatu, ada yang menggeleng-gelengkan kepala, dan ada yang memandang sahaja. Terbit rasa malu ketika itu. Dia kembali duduk.

“Mesti mereka ingat kita ni tengah bergaduh,” bicara Firas Azril kembali. Dia kelihatan tidak cuaak lagi.

“Biarlah! Memang betulkan!” Qishrina betul-betul marah kali ini.

“Oh! Jadi awak sukalah orang cakap yang kita ni pasangan kekasih yang sedang bertengkar. Macam tu?”

Qishrina terasa pelik dengan andaian yang dibuat oleh Firas Azril.

“Kenapa pula mesti pasangan kekasih?” soalnya pelik.

“Ye la. Awak tu yang tiba-tiba naik angin tak tentu pasal. Mestilah mereka ingat saya ni sakitkan hati awak.”

‘Memang kau sakitkan hati aku pun’ Qishrina menjerit kuat dalam hati.

“Lagi-lagi bila tengok kita pakai baju colour sedondon, lagi la kuat andaian tu,” perlahan sahaja ayat yang keluar dari mulut Firas Azril.

Qishrina yang masih lagi menahan marah dalam hati mengangkat wajah. Baju kurung modennya dipandang. Betul! Mereka sebenarnya mengenakan baju yang senada. Bajunya bertanah putih dan berbunga merah jambu terang, tudung bawalnya pula berona pink lembut. Memang senada dan sama warna tudungnya dengan baju kemeja Firas Azril!

“Kita makan dulu. Lepas ni ita balik office semula.”

Mereka menjamu selera. Tekak Qishrina tidak dapat menerima makanan yang dihidangkan. Walaupun kari kepala ikan itu cukup menyelerakan pada mata Qishrina, tetapi tidak pada tekaknya.

“Awak rapat dengan Laila?” Firas Azril meghirup jus orennya selepas bersuara.

“”Tak berapa,” Qishrina menjawab sambil mengacau-ngacau limau aisnya dengan penyedut minuman.

“Awak selalu keluar dengan Laila?” tanyanya lagi. Bibirnya yang sedia merah bertambah merah. Mungkin penangan kari kepala ikan yang agak pedas itu yang membuat warna bibirnya bertukar colour.

“Jarang-jarang.”

Qishrina mulai hairan. Dah macam polis trafik gaya soal dia. Beberapa minit kemudian, masing-masing membisu. Firas Azril belum lagi menunjukkan tanda-tanda ingin bergerak dari tempat duduk. Dia masih lagi bersandar malas.

“Awak ada masalah ke?”

Qishrina yang membuang pandangan ke seluruh pelosok restoran memandang wajah majikan dihadapannya.

“Kenapa?”

“Mata awak sembab. Awak menangis ke semalam?”

Baru Qishrina tahu. Wajahnya menjadi tatapan Firas Azril sejak tadi. Jika tidak, mana mungkin dia nampak kesan sembab bawah matanya. Puas pagi tadi dia menyapu krim khas untuk menutup kesan sembab itu.

“Saya kurang tidur,”  bohong Qishrina.

“Walaupun saya ni lelaki, tetapi saya masih dapat agak kesan bengkak akibat kurang tidur dengan kesan bengkak akibat banyak menangis. Kesan bawah mata awak tu, sebenarnya kesan tangisan. Betul kan?”

Qishrina membisik dalam hati, biar apa pun Firas Azril ingin katakan terhadap ‘mata pandanya’ dia sesekali tidak akan mengaku apa-apa pun. Biarlah lelakiitu membuat andaian sendiri. Yang pasti, mulutnya tidak akan mengeluarkan satu kenyataan  pun!

“Tak elok pendam dalam hati. Boleh jatuh sakit,” ucapnya. Kedengaran jujur di deria pendengaran Qishrina.

“Saya tak ada apa-apa Encik Firas. Saya ok jer. Tak perlu risaukan saya,” Qishrina cuba menamatkan pertanyaan dan perbualan mereka tentang tanda bawah matanya.

“Boleh kita gerak sekarang Encik Firas?”

Kali ini Qishrina sedikit tenang. Tidak lagi berang seperti tadi. Qishrina sedar, dia kini sedang berkerja. Justeru dia tidak boleh bertindak sebegitu hanya kerana masalah luaran dari skop tugasnya di dalam syarikat. Terbit rasa bersalah dalam dirinya.

Firas Azril menggamit pelayan restoran. Pelayan tersebut datang sambil membawa resit. Selepas menunjukkan kepada Firas Azril, lelaki itu menyeluk poket belakangnya. Dompet jenama luar negara dikeluarkan.

Sewaktu Firas Azril membuka dompet tersebut untuk mengambil not, matanya terpandang dua keeping gambar yang tersemat kukuh didalamnya.  Mata bundarnya mengamati salah satu gambar tersebut. Dia tidak kenal pemilik wajah itu. Selepas itu dia cuba mengamati sekeping lagi gambar.

Jika gambar sebelum ini zaman gambar hitam putih, tetapi tidak bagi gambar satu lagi. Ia kelihatan sudah berwarna seperti zaman sekarang. Matanya dikecilkan lagi. Dari tempat duduknya, gambar itu betul-betul menarik perhatiannya. Mindanya sedang berkata sesuatu. Dia cuba mentafsir suara mindanya. Dan…..

Gambar itu! Tiada siapa yang miliki gambar itu kecuali……

Qishrina tidak mampu berbicara lagi saat itu…..














Tiada ulasan:

Catat Ulasan