BAB 3
Rumah-rumah agam di taman perumahan mewah itu kelihatan
tenang. Sesekali deruan beberapa buah kenderaan memecah kesunyian.
Rata-rata pemilik banglo mewah itu tiada di rumah ketika itu.
Mereka mungkin berada di pejabat atau pun tempat kerja. Yang
tinggal hanya pembantu rumah bersama tukang kebun dan pemandu.
Sebuah
banglo yang berukir tanda nama 'Teratak Syurga' itu tidak terlalu sunyi seperti
banglo-banglo lain. Puan Zalikha sedang bertungkus-lumus menyediakan
hidangan tengah hari. Tidak seperti pemilik banglo di kawasan tersebut
yang menyediakan khidmat pembantu rumah untuk memasak dan mengemas rumah,
Puan Zalikha selesa melakukan sendiri. Encik Lokman pula berada di
luar rumah. Bekas makanan ikan dicapai lalu dilemparkan ke arah kolam
ikannya.
Setengah
jam berlalu, urusan memasak selesai. Puan Zalikha segera naik ke
atas dan membersihkan diri. Dia dan suaminya akan dikunjungi oleh tetamu
hari itu. Semestinya dia dan Encik Lokman harus berada dalam keadaan yang
selesa.
"Abang! Cukup-cukuplah bercakap dengan ikan tu. Masuk
dan bersihkan diri. Sekejap lagi mereka akan sampai," Puan
Zalikha menegur suaminya yang leka 'berbual' dengan ikan kesayangannya.
Begitulah rutian harian suami Puan Zalikha, Encik Lokman.
Setiap hari, dia akan meluangkan masa untuk berbual dengan ikannya,
walaupun hanya seminit.
"Baiklah. Kamu sudah habis masak Ika?" tangannya di
kibas-kibas untuk menghilangkan habuk makanan ikan yang melekat.
"Sudah. Hanya tunggu tetamu sahaja."
Encik
Lokman mula bergerak masuk ke dalam rumah. Puan Zalikha yang sudah
berpakaian kemas melabuhkan punggung di buaian berhampiran pintu masuk rumah
itu. Berkeriuk bunyinya. Fikiran wanita bertubuh besar itu mulai
merawang. Bimbang apa yang akan terjadi nanti. Dalam masa yang
sama, naluri keibuannya begitu rindukan anak gadisnya itu. Lama
Puan Zalikha termenung di situ.
Bunyi hon
di hadapan pintu pagar menghambat jauh lamunannya. Bebola mata dihalakan
ke pintu pagar. 'Sudah tiba!' Bisik hatinya. Puan Zalikha
berlari masuk ke dalam rumah dan tidak lama kemudian, pintu pagar
elektrik sudah terbuka luas tanda menjemput masuk tetamu yang berkenderaan
mewah itu.
"Apa
khabar Ika? Lama tidak berjumpa," kakak ipar Puan Zalikha
memeluknya kemas selepas bersalaman.
"Alhamdulillah, khabar baik kak long. Kak long pula
sihat?"
"Macam inilah Ika."
Isteri
kepada abang sulungnya itu menjawab. Kakak iparnya yang lebih selesa
disapa kak long meleraikan pelukan. Puan Zaliha tahu kak longnya tidak
selesa. Bukan sehari dua dia mengenali kakak iparnya itu.
"Assalamualaikum. Silakan masuk abang long, kak long,"
Encik Lokman yang baru muncul menjempu masuk tetamu. Rumah dan
mesra layanannya.
Encik
Zulkarnain dan isterinya, Puan Normah mengatur langkah. Kini mereka
sudah berada di ruang tamu banglo milik pasangan suami isteri itu. Tangan
Puan Normah yang sedari tadi asyik mengibas-ngibas leher mula diturunkan.
Bebola matanya pula meliar memandang ruang mewah tersebut.
Entah
apa yang tidak kena dimatanya, Puan Zalikha pun tidak mengerti.
Lebih kurang setengah jam bertanya khabar dan berbual, tuan rumah
iatu Puan Zalikha menjemput mereka untuk menjamu selera. Hidangan sudah
tersaji di atas meja makan. Masakan kampung menjadi santapan mereka
berempat. Berselera sekali, terutama Encik Zulkarnain dan suaminya.
Lain pula dengan kakak iparnya, Puan Normah. Gayanya seperti
tiada selera. Hanya menguis-nguis nasi itu. Sesekali dia menyuap ke
mulut, seperti terpaksa.
"Abang long sudah lama sampai. Tapi tak nampak pula kelibat
Darwisyah," Encik Zulkarnain bersuara ketika sedang berehat setelah
selesai menjamu selera.
"Ya. Kak long pun tidak nampak dia. Rasa rindu pula,"
sambung isterinya pula sambil tersengih-sengih.
Janggal
sekali pendengaran Puan Zalikha. Tidak pernah Puan Normah dan Encik
Zulkarnain bertanyakan tentang anaknya selama ini. Apatah lagi menyatakan
rasa rindu akan gadis itu. Begitu juga dengan kedatangan mereka hari ini.
Semenjak mereka menetap di taman perumahan ini, inilah kali pertama
keluarga abang sulungnya itu datang bertandang.
"Darwisyah tiada di sini. Maklumlah, cuti sekolah 2 hari.
Mahu berjalan-jalan katanya."
Encik
Lokman menjawab. Wajah gusar Puan Zalikha dijeling sekilas. Anak
mata mereka bersatu dan ada bicara di situ.
"Abang long ada perkara yang nak diperkatakan."
Suasana
yang pada mulanya meriah dengan gelak tawa sesama saudara sudah bertukar
serius. Encik Zulkarnain menyatakan tujuan dia ke sini. Puan
Zalikha mulai gusar. Tepat sekali tekaannya!
Sebaik
sahaja dia menerima panggilan telefon daripada abangnya beberapa minggu lepas
yang menyatakan niat untuk datang menziarah, Puan Zalikha sudah dapat
mengesan sesuatu.
"Berkenaan harta arwah mak."
Ya!
Itu tujuan sebenar mereka. Bukannya untuk menziarah. Puan
Zalikha bertambah jelik apabila melihat kelakuan kakak iparnya. Kepalanya
diangguk-anggukkan tanda mengiakan kata-kata suaminya. Persis burung
belatuk.
"Mengapa dengan harta arwah mak?" kali ini PuanZalikha pula
bertanya. Dia cuba menunujukkan bahawa dia tidak memahami apa yang
dkatakan oleh abang kandungnya.
"Bukankah semua harta peninggalan arwah mak ada pada kamu, jadi
abang long dan kak long datang ingin menuntut hak kami," Puan Normah pula bersuara.
'Kami?
Siapa yang lebih berhak sebenarnya? Bukankah abang long.
Mengapa pula kak long yang beria-ia menjawab?' bisik hati Puan
Zalikha sambil melihat melalui ekor mata.
"Abang long..." Puan Zalikha berhenti sejenak menarik nafas
panjang sebelum kembali menyambung, "Abang long tahukan, itu
semua wasiat arwah mak untuk dia."
Usai
sahaja Puan Zalikha berkata begitu, wajah Encik Zulkarnain terus berubah.
Jika pada awalnya manis, kini sudah pahit. Jika sebentar tadi
tersenyum, kini mulai menyinga.
"Tahu," suaranya mulai meninggi, namun masih
terkawal. "Kamu ibunya, kamu boleh lakukan."
"Tapi itu bukan hak Ika lagi." balas PuanZalikha.
Pantas.
"Atau kau sekeluarga mahu bolot semuanya? Begitu?"
Tergamam
wanita itu. Tidak percaya abangnya sanggup berkata begitu. Encik
Lokman yang sedari tadi menjadi pendengar mulai gelisah. Dia dapat
mengagak apa yang akn terjadi seterusnya.
"Betul cakap Ika, abang long. Jika abang long menganggap
bahawa kami ingin mebolot semuanya, itu mustahil. Kerana semua itu
bukan atas nama kami berdua. Kami tiada hak untuk itu semua."
"Kalau kamu tiada hak, serahkan sahaja kepada abang long,"
bidas Encik Zulkarnain.
"Tidak
boleh!" ucap Puan Zalikha.
"Mengapa tidak boleh?" Encik Zulkarnain kembali menyoal.
Garang.
"Abang long juga tiada hak," jawab Puan Zalikha.
Suaranya mulai bergetar.
"Mengapa aku tiada hak? Aku anak sulung. Aku lebih
berhak dari kau! Dan sepatutnya harta itu jatuh ke tangan aku,
bukannya kau!"
Encik
Zulkarnain sudah hilang pertimbangan. Hilang sudah gelaran 'abang long'
dan 'Ika'. Diganti dengan 'kau' dan 'aku'. Ya Allah! Inikah
peribadi sebenar abangku. Bisiknya dalam hati. Dalam masa yang
sama, abang dan kakak iparnya sudah bangun dari sofa empuk buatan luar
negara itu.
"Sudah! Nor, mari kita pulang!" dia mengajak
isterinya pulang. Wanita yang berambut perang itu menurut arahan
suaminya. Langkah Encik Zulkarnain dituruti. Dia juga sempat
melemparkan jelingan tajam ke arah Puan Zalikha.
"Aku akan tuntut harta tu. Ingat!" itu kata-kata
terakhir Encik Zulkarnain sebelum hilang dibalik pintu kereta BMW 5series
miliknya. Berdegam bunyi pintu kereta itu apabila ditutup dengan kuat.
Encik Lokman dan Puan Zalikha yang menghantar mereka dimuka pintu menjadi
pegun. Terkejut dengan situasti yang berlaku. Encik Lokman tampak
lebih tenang berbanding Puan Zalikha.
"Ika tak sangka abang long boleh bersikap begitu dengan Ika,"
adu Puan Zalikha setelah lama mereka diam.
"Orang tengah marah. Macam-macam boleh jadi Ika.
Lama-lama nanti redalah marah dia. Tak perlulah awak sedih
begini."
Pujuk Encik Lomkman. Wajah isterinya ditatap penuh kasih sayang.
Sedikit-sebanyak dia turut terasa dengan kelakuan abang iparnya.
"Ika tidak rasa begitu. Abang dengarkan tadi, abang long
sempat kata yang dia akan tuntut harta tu. Dia ugut kita bang!"
selarnya lagi. Nadanya mulai sendu.
'Ya! Abang dengar Ika. Sangat jelas.' Balas Encik
Lokman. Tetapi tidak terluah dek kata-kata.
"Abang long seorang yang keras hati. Dia boleh bertindak di
luar jangkaan. Apatah lagi jika ada yang menghasut."
Encik Lokman tahu. Kata-kata terakhir itu ditujukan kepada kakak
iparnya sendiri, Puan Normah. Encik Lokman juga seperti isterinya,
sudah kenal luar dan dalam hati wanita yang bernama Normah itu.
Wajah Darwisyah mula tergambar di fikiran Puan Zalikha. Kebimbangan
tentang keselamatan anaknya semakin menggunung selepas menerima kata-kata berupa
ugutan daripada abangnya.
Mereka berjalan perlahan masuk ke rumah. Ya Allah, kau
lindungilah keluargaku dari sebarang perkara buruk!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan