KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Sabtu, 5 Mei 2012

NOVEL : KASIH NASUHA - Zurinah Ismail


Sinopsis
Kesempitan hidup keluarga bukan masalah besar bagi gadis kecil setabah Nasuha. Namun dia keliru, kenapa ayahnya membeza-bezakan dia dan kakaknya Noriah. Ada sesuatu yang dia tidak ketahui mengenai ayahnya, yang tersimpan kemas dalam lipatan memori ibunya. Dengan sokongan ibunya, Nasuha mahu bangkit untuk membuktikan sesuatu. Namun konflik dengan Mohd Faiz, anak pengetua sekolah, membuatkan dia tertekan dan terhina. Apakah keanggotaannya dalam kumpulan High Six dapat memberi apa-apa makna?
Berkawan dengan Kate mengundang parah. Gara-gara gadis liar itu, Nasuha hilang kepercayaan ibunya. Lalu, kepada siapa lagi dia mahu mengadu dan menagih kasih?

Nasuha ingin kuat, seteguh kain belacu. Dia juga harus lembut, selembut sutera.
Di hujung ikhtiar manusia, berlakulah takdir Yang Esa. Nasuha pasrah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan