KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Ahad, 15 April 2012

Stok Pertama KUTUBUKU2U

          Syukur alhamdulillah. Kutubuku2u baru sahaja menerima stok pertama novel-novel dan buku motivasi untuk para pembaca semua. Hampir 700 naskah berada dalam simpanan kami. Kesemuanya terdiri daripada pelbagai genre. Daripada kanak-kanak, awal remaja, remaja sehinggalah dewasa. Kutubuku2u juga menjual beberapa buah buku motivasi untuk pembaca yang inginkan bahan bacaan yang lebih santai dan harmoni.
     



          Syukur sekali lagi, apabila beberapa buah buku sudah menjadi hak milik beberapa orang pembeli walaupun proses penyemakkan stok baru sahaja bermula. Di harap dengan perkembangan ini, kutubuku2u akan lebih maju dan perjalanannya akan lebih lancar dan teratur.








       Buat pengunjung blog kutubuku2u semua, terima kasih atas kesudian anda menjenguk ke laman maya kami. Insyaallah, kutubuku2u akan berusaha untuk lebih kuat selepas ini berlandaskan niat memupuk minat orang ramai untuk membaca bahan bacaan yang bermanfaat dan berguna untuk masa hadapan.

      Terima kasih dari kami. Wassalam.

      Kutubuku2u.

2 ulasan: