KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Khamis, 19 April 2012

Kursus Penulisan Yang dikendalikan oleh Kutubuku2u.

        Tanggal 6 Jun 2011, Puan Nurulsham Saidin menganjurkan Program Latihan 1 Malaysia, Kursus Asas Penulisan Novel. Kursus yang dijalankan di Makmal Komputer Kolej Komuniti Nibong Tebal Pulau Pinang itu telah berjaya menarik minat ramai peserta. Hampir 20 peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan mengambil bahagian dalam kursus ini.

        Antara yang terlibat adalah pelajar sekolah menengah, guru, dan editor majalah. Program yang berlangsung selama tiga hari itu telah berjaya melahirkan beberapa bakal penulis. Salah seorangnya adalah, Qisha Nur'ain. Karya sulungnya yang berjudul MISTERI PEROMPAK vs KOTAK MUZIK sedang dibukukan di bawah penerbit Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Karya lain beliau boleh dibaca di laman blog ini, dengan nama pena QISHA NUR.

        Menerusi program ini, kesemua peserta telah berjaya memperolehi sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh pihak kolej di atas kejayaan mereka dalam melunaskan kursus ini. Banyak pengalaman yang mereka perolehi. Kesimpulan daripada program ini, sesiapa sahaja mampu melahirkan karya sendiri. Asalkan punyai semangat dan keinginan yang tinggi, dan kursus penulisan sebegini sememangnya banyak membantu dalam membina idea dan keputusan yang matang dan berilmu untuk golongan pembaca dan pengkarya.

        Oleh itu akhir kata dari pihak kutubuku2u, gapaikan cita-cita dengan apa jua cara. Bergurulah dengan pengalaman lalu, pasti lebih kuat untuk menempuh masa yang mendatang.

        Jika sesiapa yang ingin merasai kursus penulisan di bawah tunjuk ajar novelis Nurulsham Saidin (penulis novel Dingin Salju Indiana, yang telah didramakan menjadi drama di Slot Zehra,  Dingin Lavender terbitan TV3 dan penulis novel HANI, adaptasi daripada drama Slot Lestary, boleh tinggalkan mesej di ruangan komen atau pun emelkan terus ke kutubuku2u@gmail.com. Segala kesudian anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih tidak terhingga.

Sekian,
Kutubuku2u.


1 ulasan:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Harrah's 용인 출장안마 Cherokee Casino & Hotel. 721 동해 출장샵 Cherokee Boulevard North, OK 당진 출장샵 89101. Directions. Map. Directions. 1.5 여주 출장안마 miles from 상주 출장안마 Harrah's Cherokee Casino and 5.4 miles from

    BalasPadam