Bab 9
‘Siapa dia sebenarnya?
Qishrina buntu untuk terus berfikir. Dia yang sudah
kemas berpakaian dan bertudung bangun dari birai katil. Dia berdiri di hadapan
cermin. Puas dengan penampilannya, dia mencapai tas tangan lalu melngkah keluar
dari bilik.
“Rina, kau nak ke mana?”
Aisya Ameena yang datang dari arah dapur sambil
membawa secawan air dan satu balang biskut kering menegur. Gadis yang sebaya
dengannya itu pasti pelik apabila melihat Qishrina bersiap seperti hendak
keluar.
“Aku nak keluar ke mall sekejap,” jawabnya malas.
“Dengan siapa?”
“Seorang.”
Qishrina menjawab sepatah. Sejujurnya dia malas
untuk berhadapan dengan Aisya Ameena lama-lama. Luka hatinya masih berbekas.
Dia cuba mengawal emosinya agar tidak melukakan hati sahabat yang telah banyak
membantunya.
“Kenapa kau tak ajak aku?” suara sahabatnya itu.
Semenjak dia pulang dari kampong hari itu, Aisya
Ameena mulai tampak lain. Dia sudah kurang bergurau seperti biasa. Tiada lagi
usikan atau pun kata-kata nakal yang boleh membuahkan tawa di bibir kami
berdua. Qishrina tahu, Aisya Ameena betul-betul terasa dengan mesej yang
dihantar pada malam itu. Namun dia hanya diam.
Pernah juga dia bertanya, kenapa Qishrina menghantar
mesej begitu kepadanya. Agak keterlaluankah soalannya malam itu? Namun jawapan
yang lahir dari bibir nipis Qishrina adalah dia sedang berada dalam keadaan
tertekan. Dia juga menjadi seorang yang pendiam secara tiba-tiba.
“Aku nak bersendiri.”
Dia terus menghayunkan langkah kakinya keluar.
Hampir 3 bulan hidup di kota besar ini, Qishrina sudah semakin yakin untuk
keluar bersendirian. Sebuah teksi sudah menanati di hadapan pintu pagar rumah
sewa mereka.
10 minit berada dia tas jalan raya, kini Qishrina
tiba di dalam sebuah bangunan agam yang menempatkan pelbagai jenis kedai. Ruang
fikiran terasa sedikit tenang. Dia melalui satu demi satu kedai di situ.
“Qishrina?”
Sedang asyik menjamu mata dengan barang-barang yang
dijual di salah satu kedai, dia disapa oleh seseorang. Lantas dia berpaling.
“Abang Ijam!”
“Kecilnya K.L.” ujar lelaki itu.
Entah bagaimana, mereka boleh bertemu didalam
bangunan beli-belah ini. Nizam, sahabat Nashrin yang sememangnya anak jati kota
penuh sesak ini tersenyum penuh lebar. Nashrin dan Nizam masih mempunyai baki
cuti beberapa hari lagi.
“Ye. Abang Ijam buat apa kat sini?” tanya Qishrina
spontan! Dia masih dihujani rasa terkejut dengan pertemuan yang langsung tidak
dijangka ini.
“Shopping complex…shopping lah!”
‘Betul jugak. Dah nama pun pusat membeli-belah.
Takkan datang nak pancing ikan kot!’
Qishrina mengutuk dirinya sendiri, kemudian dia
tersenyum semula.
“Mana barang yang dibelinyanya?” tidak mahu
menampakkan dirinya tidak peka, dia bertanya. Dalam masa yang sama, Nizam tidak
memegang apa-apa barang. Walaupun sebungkus beg plastik.
“Abang Ijam baru window
shopping!”
“Amboi… macam orang prempuan.”
“Kenapa? Ingat orang perempuan saja ke tahu window shopping? Hey, ini Abang
Ijamlah…”
Guraunya sambil menaikkan sedikit kolar bajunya. Dia
mengangkat kening.
‘Berlagak betul!’ selar Qishrina dalam hati. Mereka
kemudian sama-sama ketawa.
“So,
datang bujang je ke?”
“A’ah.”
“Baguslah.”
“Apa yang bagus?”
“Baguslah. Boleh kita jalan-jalan sekali,” dia
menyampaikan maksud sebenar.
“Oh! Abang Ijam pun datang bujang ke?” Soal Qishrina
sambil melihat kawasan terdekat. Mungkin ada saudara atau sahabat Nizam yang
turut sama dengannnya.
“Abang Ijam pun bujang jugak.”
Dia berkata sambil melemparkan senyuman.
“Boleh percaya ke?”
Waktu itu mereka sudah beriringan jalan. Satu demi
satu kedai mereka lintasi.
“Kenalah percaya.”
“Ok. Tak nak cuba cari pasangan ke?”
“Ha, ni tengah cuba la ni,” kata Nizam dalam nada
nakal.
Niat di hati nak mengusik Nizam. Akhirnya terkena
batang hidung sendiri. Qishrina menjeling geram. Dia tahu sahabat abangnya itu
sedang bergurau.
Itu kata hatinya, tetapi dalam hati jejaka itu ada
satu harapan yang sedang bercambah.
Tiba di hadapan sebuah kedai buku, Nizam mengajak
Qishrina masuk. Qishrina langsung tidak membantah. Dia juga terasa seperti
ingin membeli beberapa buah novel untuk dibaca. Saat itu dia terlupa sekejap
masalah yang terjadi di antara dia dan Aisya Ameena.
Selesai memilih beberapa buah novel, Qishrina dan
Nizam keluar. Nizam memilih buku motivasi sebagai bahan bacaan di masa lapang.
Puas berjalan nak memborong beberapa helai pakaian, mereka berhenti di sebauh
café untuk menghilangkan rasa haus.
Ketika Nizam pergi membeli minuman di kaunter, telefon
bimbit Qishrina berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
Dating
ye?
Qishrina membaca beberapa kali mesej yang diterima
daripada Nashrin. Dia hairan. Tanpa memikir panjang dia membalas.
Mana
ada. Abang ada kat mana ni?
Mesej berbunyi lagi.
Abang
ada kat sebelah Rina…
Terlopong mulutnya! Dia terus berpaling ke kiri,
mencari susuk tubuh abangnya. Tiada! Lalu dia memusing pula ke kanan. Juga
tiada!
Abang
jangan main-main dengan Rina…
Ketika itu Qishrina dapat lihat Nizam sudah menapak datang
ke arahnya bersama sedulang air.
Jaga
diri elok-elok. Jaga batas dengan Abang Ijam. Jangan lebih-lebih….
‘Sah! Aku terkena.!’ Rungutnya dalam hati.
“Abang Ijam cakap dekat abang ye pasal kita?”
“Cakap apa?” dia berpura-pura tidak tahu apa-apa.
“Abang tahu Rina ada dengan Abang Ijam sekarang.
Macam mana dia tahu…”
Rungut Rina. Dari apa yang disampaikan oleh Nashrin
Qishrina tahu abangnya tidak marah dia berada bersama dengan Nizam. Cuma dia
minta Qishrina menjaga batas. Dia membaca berulang kali mesej yang diterima.
“Abang Ijam call
tadi.”
Akhirnya lelaki itu mengaku. Dia menolak minuman ke
hadapan Qishrina. Kemudian mengalihkan dulang tersebut ke meja sebelah.
“Patutlah.”
“Abang Ijam keluar dengan anak dara orang. Jadi
kenalah mintak izin keluarganya dulu,” ujarnya lagi. Dia menatap dalam mata
Qishrina.
Bagaikan mahu rebah apabila mendengar penerangan
itu. Begitu beradabnya lelaki itu. Walaupun mereka terserempak tanpa dirancang,
namun adab warisan tetap diutamakan. Patutlah Nashrin langsung tidak melenting
apabila tahu dia kini sedang berdua bersama Nizam.
Mereka berbual rancak. Sesekali terbit tawa halus
dari bibir Qishrina bila diusik oleh Nizam. Sudah lama Qishrina tidak merasa
kegembiraan seperti itu selepas beberapa peristiwa yang menyentap jiwanya.
Peribadi Nizam amat disenangi oleh Qishrina. Dia merasakan seperti dia sedang
berhadapan dengaan Nashrin, kerana sifat Nizam yang suka menyakat. Namun dia
akan pastikan rasa itu tidak berlebihan, bimbang jika melampaui batas.
Hari minggu Qishrina sedikit ceria kali ini. Pulang
ke rumah, dia terus mandi dan solat. Kemudian merebahkan badan sambil membaca
novel yang baru dibelinya.
Buat seketika, Qishrina ingin mengambil peluang
untuk menikmati rasa tenang sebelum fikirannya kembali kusut dan berserabut
dengan segala masalah yag sedang menanti. Samada di pejabat atau pun di hadapan
Aisya Ameena!
Bagi Nizam pula, hari minggunya kali ini paling
indah dirasakan. Tidak terjangka persinggahannya di pusat membeli-belah itu
untuk membeli buku menemukan dia dengan seorang gadis yang telah membuatkan
tidurnya tidak lena semenjak pulang dari kampung Nashrin.
Rasa rindu mula menyapa pada gadis bertudung itu!
******
“Akak tak payah nak segan-segan dengan Encik Firas
tu. Dia memang suka menyakat orang.”
Kata Laila sambil jari-jemarinya menari laju di atas
papan kekunci. Berdetak-detak bunyinya.
“Bukan segan. Akak cuma tak selesa,” Qishrina cuba
melindungi rasa sebenar dari Laila.
Dia mencerita rentetan peristiwa dia ‘menemani’
Firas Azril beberapa hari lalu kepada Laila. Laila hanya tersenyum apabila
mendengar rungutan Qishrina tentang client
yang tidak jadi datang itu. Sewaktu Qishrina membisikkan tentangtangannya dipimpin oleh lelaki itu
untuk melintas jalan, biji mata Laila bagaikan mahu tersembul keluar! Mulutnya
sudah terlopong luas.
“Ada chance
tu akak. Apa lagi, kenyit-kenyit mata la sikit.”
Satu tamparan kuat terus hinggap di bahu Laila.
Manakala Laila pula sedikit terdorong ke hadapan. Dia kemudian mengaduh
kesakitan.
Dia yang bercerita serius, sempat lagi Laila
‘mengajarnya’.
“Tapi part
yang pimpin tangan tu, memang lain,” katanya lagi.
“Apa yang lain? Sebelum ni dia tak pernah buat macam
tu ke kat orang lain?”
“Setakat ni Laila tak pernah Nampak la lagi.
Walaupun dengan si Aula tu.”
Pertama kali dia mendengar nama itu. Sedapnya nama!
Apa kaitan Aula yang di katakan oleh Laila tadi dengan Encik Firas?
“Siapa…”
Belum sempat dia menghabiskan ayat, interkom di atas
meja Laila berbunyi.
“Ye Encik Firas?”
Mendengar suara itu, Qishrina yang berdiri di
hadapan meja Laila bersandar di sudut meja.
Laila,
masuk ke bilik saya sekejap. Sekarang ye.
“Baik Encik Firas.”
Laila yang sudah bersedia untuk mematikan sambungan
itu terhenti apabila Firas Azril seperti ingin mengatakan sesuatu.
Lagi
satu. Tolong tanyakan untuk saya dekat
‘kakak’ yang berdiri terpacak macam model kat meja awak tu… buat apa
berdiri kat situ? Tak ada kerja ke?Kalau tak ada suruh dia masuk dan temankan
saya dalam office ni…
Hampir-hampir sahaja terlompat Qishrina apabila
mendengarnya! Dia memandang interkom putih itu lalu membawa pandangan ke arah
bilik majikannya.
Firas Azril sedang menghunuskan matanya ke arah dia yang
sedang berdiri di bucu meja Laila. Qishrina langsung tidak sedar kain tirai
dari arah dalam telah disingkap. Sebelum ini, cermin kaca yang memisahkan bilik
Firas Azril dan meja Laila dilindungi dengan tirai biru.
Enggan menunggu lama, Qishrina membawa kaki kembali
ke biliknya. Laila pula sudah tersenyum sumbing melihat telatah dua orang
atasannya.
Rimas dengan fail-fail akaun dalam pejabatnya,
Qishrina keluar berbual di meja Rina, dengan harapan dapat menenangkan fikiran
seketika. Lain pula yang jadi. Sakit hati yang dia dapat.
Tok! Tok!
Dua ketukan di pintu mematikan lamunannya. Tanpa arahan,
pintu terbuka dari arah luar.
“Rina, how are you?”
Datuk Fadhil! Sudah lama Qishrina tidak bersua
dengan Datuk Fadhil. Kemunculan pemegang terbesar saham syarikat ini begitu
mengejutkan Qishrina. Mujurlah Firas Azril ‘menghalau’ dia ketika di meja Laila
tadi. Jika tidak pasti dia ‘terkantoi’ di mata Datuk Fahil.
“Alhamdulillah, baik. Datuk apa khabar? Wah, semakin
segak sekarang…”
Jawab Qishrina sambil berseloroh dihujung
pertanyaan. Dia bangun tanda hormat lalu melemparkan senyuman ikhlas.
“Kamu ni. Ada saja nak mengusik saya. Saya sihat,”
Datuk Fadhil tersipu-sipu malu apabila dipuji Qishrina.
“Rina, hujung minggu ni jemput datang ke teratak
saya. Saya ada buat majlis makan-makan untuk staff kita. Datang tau,” kata Datuk Fadhil. Dia yang segak bercoat hitam tersenym ke arah Qishrina.
Sepet kedua belah matanya.
“Insyaallah Datuk,” jawab Qishrina kembali.
“Awak kena datang Rina. Wajib!”
Qishrina tidak tahu ingin mentafsirnya sebagai satu
arahan atau paksaan untuk dirinya. Tetapi, apa salahnya jika dia pergi. Itu
rumah majikannya juga.
Untuk tidak menghampakan harapan Datuk Fadhil,
Qishrina telah berjanji dengan Laila untuk sama-sama menyertai staff lain. Seperti biasa, Laila yang
punyai kenderaan akan menjemput Qishrina di rumah sewa.
“Ramainya Laila. Segan pulak akak nak turun.”
Tiba-tiba sahaja Qishrina merasa gementar. Melihat
perkarangan banglo mewah miik Datuk Fadhil yang dipenuhi orang, kakinya terasa
berat untuk melangkah. 3 buah khemah yang didirikan tampak penuh dengan manusia
yang pelbagai gaya.
“A’ah la. Tapi kita dah sampai ni. Takkan nak patah
balik pulak. Lagi pun, akak nampak tak tu…”
Laila memuncungkan bibirnya ke sisi kiriku. Kelihatan
Firas Azril sedang menapak laju menuju ke arah kereta yang mereka naiki.
‘Alaa… macam mana aku boleh lupa mamat ni anak saudara Datuk Fadhil!?’
Berkerut-kerut dahi Qishrna. Rasa ralatnya mulai
timbul.
“Tak nak turun ke? Ke nak saya bawakan makanan ke
sini?” ujar lelaki itu.
Dengan rasa penuh malas, Qishrina membuka pintu
kereta lalu turun. Malam itu dia mengenakan blouse
longgar paras atas lutut berlengan panjang rona merah terang. Tali pinggang
hitam selebar satu jengkal melilit kemas di pinggang rampingnya. Dipadankan
bersama seluar berkaki kembang rona putih bersih. Kasut tumit tinggi menjadi
pilihan dia malam ini. Tudung pula, dia memilih selendang putih kosong dari
jenis chiffon untuk menutup
kepalanya. Anak tudung yang berawning
keras pula berwarna merah.
“Silakan tuan puteri ke teratak Datuk Fadhil!”
Firas Azril berpura-pura berlagak seperti penyambut
tetamu. Laila yang menjadi pemerhati hanya tersenyum. Dia tahu, sejak
kedatangan Qishrina ke Danau Holding, Firas Azril sudah mula pandai berjenaka.
Jika sebelum ini, dia seorang yang serius dan pendiam.
Qishrina menjeling rimas Firas Azril. Tetapi jejaka
itu pula tampak semakin seronok. Dia mengatur langkah teratur menuju ke khemah
yang mulai penuhgan t dengan tetamu. Dia melangkah dengan berhati-hati. Begitu
juga Laila. Gadis itu bengitu anggun malam ini. Dia mengenakan gaun hitam paras
lutut tanpa lengan. Rambutnya pula dibiar lepas. Leher jinjangnya dipakaikan
rantai emas putih halus dan berloket kecil. Simple
tetapi elegen!
“Akak, itulah Aula!” bisik Lila ditelinganya.
“Aula?” Qishrina bertanya kembali.
“Aula Shahira. Kekasih hati Encik Firas.”
Oh! Baru kini dia tahu yang Firas Azril sudah punyai
kekasih. Tiba-tiba perasaan segan dan malu bertandang dalam hatinya. Mana tidaknya,
sejak kebelakangan ini dia asyik terpesona dengan wajah kacak lelaki itu.
“Girls…
saya nak kenalkan awak dengan sesorang. Ini dia.”
Aku kenal suara itu. Siap lagi kalau bukan Firas
Azril. Kali ini dia tidak keseorangan. Di sisinya berdiri seorang wanita yang
sangat cantik! Kulitnya putih gebu. Fizikalnya tinggi dan berambut lurus paras
bawah bahu. Paling memuatkan Qishrina terpesona adalah senyuman yang langsung
tidak kekok dihadiahkan oleh wanita itu kepada mereka berdua.
“Aula Shahira. Buah hati saya,” ujarnya penuh
bangga.
“Hai..saya Qishrina,” Qishrina menyambut huluran
tangan gebu itu sambil memperkenalkan diri. Laila terlebih dahulu berkenalan
dengan Aula Shahira.
“Ya Allah Laila, cantiknya buah hati Encik Firas.
Baik dan ramah pulak tu.”
Qishrina menjadi jakun sekejap. Dia betul-betul
tertarik dengan peribadai wanita itu.
“A’ah akak. Pertama kali Laila berjumpa dengan dia,
macam ni la reaksi Laila. Dia memang baik. Dah la cantik, baik hati pandai
pulak tu.”
Sewaktu mereka leka memuji Aula Shahira, wanita itu
sudah jauh pergi dari mereka. Firas Azril membawanya untuk memperkenalkan
kepada staff-staff lain.
“Yang Laila ni,
dah tahu Encik Firas tu dah ada kekasih…kenapa suruh akak ‘masuk
jarum’…dengar dek Aula atau Encik Firas sendiri, mahu dicekiknya kita berdua.”
Marah Qishrina. Dia mengimbau kembali perbualan
mereka berdua beberapa hari lepas di pejabat. Laila hanya ketawa kecil.
Melihat masing-masing sibuk berbual antara satu sama
lain, Qishrina yang mulai letih cuba lari dari berada dalam kelompok mereka.
Ruang yang sedkit lapang dan kosong dicari. Matanya ternampak sebuah buaian
yang tidak bertuan. Lantas dia menuju ke sana.
‘Leganya rasa!’ bisiknya perlahan. Dia bersandar
bebas. Matanya dipejam sekejap. Dia memusing-musingkan pergelangan kakinya yang
sudah sengal akibat terlalu lama berdiri. Kasutnya yang bertumit tinggi itu juga
antara penyebabnya. Dia mencicip sedikit jus oren dalam cawan ditangannya.
Sedikit segar.
“Dah letih ke?”
Ada sahaja yang menganggunya saat dia mahu berehat.
Dia menarik nafas panjang dan cuba mengukirkan senyuman ke arah tuan empunya
badan yang bertanya.
“Abang Ijam!”
Terjerit kecil Qishrina. Senyuman yang mulanya
terukir mati begitu sahaja.
“Hai...jumpa lagi kita kan. Kecilnya Kuala Lumpur,”
ujarnya lalu tersengih.
Nizam mengambil tempat duduk bertentangan dengan
Qishrina. Buaian tersebut sedikit bergoyang kemudian kembali berhayun.
“Abang Ijam…. apa…” dia tidak mampu bertanya. Setiap
apa yang keluar dari mulutnya tidak mampu dihabiskan.
“Ark..ark..apa?” Nizam mengejeknya. Dia yang berbaju
kemeja lengan panjang tanpa tali leher duduk tersandar sambil mendepakan
tangannya. Matanya yang redup dan tenang memandang nakal wajah Qishrina.
“Abang Ijam tak tahu pula Qishrina ni salah seorang staff Danau Holding,” katanya selepas
melihat aku mula diam.
“Dah tak tanya, memang lah tak tahu,” Qishrina
mengenakannya balik.
Nizam yang sedar dia dikenakan kembali membulatkan
biji matanya sambil mengebam bibir tanda marah. Namun masih ada segaris
senyuman di wajah itu walaupun riak wajah bengis cuba ditunjukkan. Merka
kemudian sama-sama ketawa.
“Abang Ijam pulak, buat apa kat sini? Apa kena
mengena dengan Danau Holding?”
“Abang Ijam salah seorang pemegang saham terbesar
syarikat ini.”
Hampir tersembur air dari dalam mulutnya! Biar betul!
Qishrina seperti tidak percaya. Dia memohon kepastian daripada Nizam melalui
isyarat mata. Nizam mengangguk. Matanya langsung tidak lepas memandang
wajahnya.
“Oh no. Kenapa
Rina tak tahu?”
“Dah tak tanya…memang la tak tahu…” serta-merta
hilang rasa tidak percaya dalam diri Qishrina digantikan dengan rasa geram!
Nizam mengenakannya semula.
Ketawa Nizam kedengaran.
“Tak lah. Abang Ijam datang teman adik perempuan
Abang Ijam,” dia bercakap benar akhirnya.
“Oh, macam tu. Siapa? Agak-agak abang Rina kenal
tak?”
Hari ini Qishrina mulai sedar. Dia akan berasa
begitu happy bila berbual dengan
lelaki yang sudah dianggap seperti abang ini. Dia sentiasa menceriakan relung
hati muram Qishrina. Langsung tiada ruang sedih dalam hatinya.
“Entah la. Kenal kot…” jawabnya lambat-lambat sambil
mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya.
“Hah..tu nak call
Abang Nashrin ke? Nak beritahu Rina ada sekali..,” tekaku.
“Eh..mana tahu ni?”
“Abang Ijam..!!!” jeritku geram.
Lelaki itu tertawa seronok.
“Tak, ada mesej masuk…” kataya. Dia diam beberapa
minit. Qishrina juga begitu. Dia memberi ruang kepada Nizam untuk membalas
mesej itu.
“Ok, Rina. Abang Ijam balik dulu. Adik dah tunggu
dekat kereta. Nanti kita jumpa lagi kat mana-mana ye…” ada usikan dihujung kata
perpisahan itu.
Dia melangkah pergi. Mata Qishrina mengekori langkah
itu sambil tersenyum. Tidak semena-mena, Nizam menoleh kembali dan melemparkan flying kiss kepadanya.
‘Giler ke
Abang Ijam ni?!’
Dia bermonolog dalam hati sambil menjeling benci dan
sedikit tersenyum. Nizam semakin berani bergurau sebegitu rupa dengan dia kali
ini. Dalam masa yang sama dia mencari kelibat Laila, dia masih berbual.
‘Biarlah! Dapat jugak aku rehat seminit dua kat
sini’
“Rancak berbual? Kenal ke siapa tu?”
Ada lagi yang nak ajak bersembang. Qishrina
berpaling malas. Sudah dia agak. Itu suara Firas Azril.
“Mana Aula? Dia tak marah ke awak berbual dengan
saya ni?” Qishrina berpura-pura mencari kelibat wanita itu. Tetapi tiada.
“Dah balik. Siapa yang berbual dengan awak tu?”
tayanya kembali. Qishrina masih membisu dia membiarkan soalan itu tergantung
lama. Tempat dimana Nizam duduki tadi telah diambil alih oleh Firas Azril. Nampaknya
dia setia menanti jawapan daripada Qishrina.
“Aril! Lama tak jumpa,”
Laungan tersebut membuatkan darah Qishrina naik laju
ke wajahnya. Laungan itu juga mengingatkan dia kepada seseorang… dan laungan
itu jugalah yang kekal terpateri dalam ingatannya sehingga kini… Firas Azril
terus bangun dan meninggalkan Qishrina.
Aril???
Satu demi satu persoalan menghambat kotak fikiran
Qishrina sejak kebelakangan ini. Semuanya tampak semakin
sukar untuk reda…
Yang pasti..dia dapat merasakan sesuatu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan