KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Jumaat, 6 April 2012

BAB 7 : AKU BUKAN LALANG


Bab 7

“Aku rasa lega sikit sekarang ni Isya. Tak payahlah aku nak fikir sangat macam mana nak mengelak dari berurusan dengan dia,” ujar Qishrina.

Pulang dari Tasik Baiduri petang itu, dia terus mencari kelibat Aisya Ameena. Namun hampa. Aisya Ameena belum lagi pulang ketika itu. paling menghairankan, bagaimana dia boleh tidak sedar akan ketiadaan kereta Honda City hitam di tempat letak kereta?!

“Itulah kau. Aku dah cakap. Mungkin pelanduk dua serupa. Kau tak percaya. Rugi air mata kau yang berbaldi-baldi selama ni,” balas Aisya Ameena sambil mengunyah perlahan isi ayam goreng.

“Mana aku tahu. Tapi kan, aku belum betul-betul pasti la.”

“Apa yang kau tak pasti lagi? Kau cakap Firas Azril yang kau kenal ada adik 3 orang, tapi apa yang Laila beritahu 2 orang. Lepas tu cara majikan kau layan kau, macam dia layan staff lain. Tak ada yang lainnya. Cuma yang bezanya dia suka sakat kau. Itu mungkin sikap kau yang selalu sangat mengelamun tak bertempat, itu habuannya dia.”

Bantal peluk rona merah hati dalam pelukan dibaling ke arah Aisya Ameena. Melompat paha ayam dari pegangannya akibat terkejut! Tergolek ke hadapan. Lebih melucukan lagi apabila paha ayam yang hampir habis itu terpelanting masuk kedalam cawan milik Aisya Ameena!

“Rina! Ayam aku…!!!” dia menjerit sambil menunjuk ke arah paha ayam yang sudah terendam bersama air milo.

Qishrina yang tidak sangka perkara itu akan terjadi terus ketawa. Dia memegang perutnya! Geli hatinya sehingga tidak mampu untuk bersuara ketika itu. Matanya sudah berair. Ketawanya semakin kuat apabila Aisya Ameena mengambil kembali paha ayam itu dari dalam cawannya.

“Sorry Isya…sorry. Itulah. Mengata lagi kat aku,” hampir beberapa minit berlalu, Qishrina akhirnya bersuara. Itu pun masih bersulam dengan tawa dibibir.

“Kau punya masaalah, ayam aku yang jadi mangsa. Habis, kau masih nak tanya si Laila lagi pasal majikan kau tu?” soal Laila lagi sambil membawa cawan milo dan ayamnya ke dapur.

“Tengoklah dulu,” jawabnya. Pedek.

“Pulak dah. Si Laila tak syak apa-apa ke bila kau tanya pasal Firas?”

Aisya Ameena kini kembali semula. Kali ini dia kembali dengan tangan kosong. Mungkin sudah kenyang atau pun takut peristiwa sebentar tadi berulang lagi!

“Dia dah mula syak dah. Dia kata aku dah jatuh hati dengan mamat poyo tu. Hish… tak kuasa aku. Berlagak je lebih,” katanya lagi. Senget-senget mukanya.

“Hmm… kau tu mulut je yang kata macam tu. Dalam hati entah berbunga-bunga cinta. Lagi-lagi bila dapat tawaran untuk hantar balik rumah petang tadi. Mesti kau perasan dia nak cuba pikat kau kan…”

Qishrina berpaling laju saat Aisya Ameena berkata. Terlopong mulutnya.

“Kau ni… terang-terang aku bencikan dia masa mula-mula sampai dulu. Alih-alih kau nak kata aku suka kat dia pulak. Tak mungkin Isya… tak mungkin,” pantas Qishrina mematahkan kata-kata Aisya Ameena.

“Jangan Rina. Orang cakap rasa benci tu lama-lama boleh tukar jadi sayang.”

Usiknya lagi. Semakin menjadi-jadi pula. Gelaknya kedengaran dari dalam bilik. Tidak berapa lama kemudian, dia keluar bersama kotak di tangan. Qishrina juga hairan, mengapa Aisya Ameena tidak henti-henti berkata begitu terhadapnya. Geram rasanya!

“Malaslah aku nak layan kau. Eh, minggu depan hari jumaat petang aku balik kampung tau. Aku tak balik sini dah. Keluar pejabat aku terus ke stesen bas,” bersinar-sinar matanya saat menuturkan ayat itu.

“Balik kampung? Tiba-tiba nak balik kampung ni… kau nak bertunang ye?” tuduh Aisya Ameena sambil melihat wajah Qishrina.

“Bila nak balik kampung tak ada benda lain kau nak ingat. Bertunang yang kau ayik fikir. Kalau bukan bertunang, nak kahwin. Apa la kau ni Isya.”

Qishrina menggeleng-gelengkan kepalanya. Dari zaman kolej lagi Aisya Ameena begitu. Mereka masing-masing diam. Aisya Ameena pula sedang leka menyelongkar kotak kuning setinggi lutut orang dewasa itu di hadapannya. Keluar segala buku nota lama, pen yang sudah tidak berdakwat, sampul surat yang tiada isi dan macam-macam lagi.

“Kau nak balik kampung kenapa Rina?”

“Abang aku balik bercuti. Kau tahu kan, dia tu susah nak balik. Sementara dia ada atas darat ni, baik aku balik kampung. Dapat jugak hilang rindu kat dia,” tersenyum-senyum Qishrina bercerita.

6 bulan tidak bersua muka dengan abang kandung, semestinya setinggi gunung rasa rindu dijiwanya. Nashrin, satu-satunya abang Qishrina berkhidmat sebagai tentera laut. Kerjaya sebegitu sememangnya sukar untuk berada di atas darat untuk tempoh yang panjang.

“Hah! Abang kau balik? Aku ikut kau balik kampung lah kalau macam ni,”

Kedengaran begitu mengada-ngada sekali nada percakapan Aisya Ameena ditelinganya. Mahu sahaja dia mencubit pipi tembam itu. Aisya Ameena lalu tersengih-sengih.

“Kau selongkar apa dalam kotak ni Isya? Habis semua benda kau keluarkan. Silap-silap tikus pun ada ni,” katanya sambil bergurau dihujung pertanyaan.

“Buku alamat kawan-kawan kolej kita dulu. Rasanya aku simpan dalam kotak ni.”

Qishrina mencapai salah satu buku nota yang tampak lusuh kulitnya. Berhabuk! Ditepuk-tepuk sedikit buku itu. Tarikh pada tulisan yang tertera di baca.

’23 Mac 2000. 11 tahun yang lalu’

Dia mula mencongak waktu itu berapa usianya. Sambil dia mencongak dalam hati, matanya menangkap sekeping kertas yang dikeluarkan oleh Aisya Ameena dari kotak kuningnya. Dia mengambil kertas itu. Jejarinya cuba merasa permukaan kertas yang berwarna putih itu.

‘Gambar’ desis hati kecil itu.

Saat itu dia fikirannya berkata bahawa dia berumur 14 tahun. Dalam masa yang sama, dia memusingkan kepingan gambar yang terbalik itu. Rakaman potret kenangan zaman persekolahan. Dia merenung satu persatu wajah remaja pada gambar itu. Sebahagian daripada mereka dia kenali, sebahagian lagi dia tidak pernah bersua. Mungkin waktu itu dia sudah berpindah sekolah.

‘Ini mesti kelas Isya. Mana muka kau ye?’

Bisik hati Qishrina sambil tersenyum kecil. Dia ingin mencari wajah kelakar sahabatnya pada zaman sekolah. Tetapi tiada! Puas direnungnya.

Sedang asyik matanya meneliti satu-persatu wajah itu, jantungnya bagai direntap kasar! Satu wajah yang berdiri tegak dalam gambar itu bersama senyuman betul-betul membuatnya hampir pitam.

Bagaimana gambar ini boleh berada dalam simpanan Aisya Ameena sedangkan wajahnya tiada? Dan apa pula kena-mengena lelaki dalam gambar ini dengan dirinya?

“Isya, ni gambar kelas kau ye?” tanya Qishrina. Perlahan.

Aisya Ameena yang masih lagi belum jumpa apa yang dicari menoleh sekilas ke arah Qishrina. Gambar di tangan Qishrina dipandang sekilas sahaja dan kembali mencari.

“Gambar kenangan aku dengan kawan sekelas zaman sekolah dulu tu,” jawabnya acuh tak acuh.

Qishrina tidak puas dengan jawapan Aisya Ameena. Gambar itu direnung lagi. Menggeletar tangannya!

“Tapi mana…”

“Hah! Jumpa pun kau. Berpeluh aku cari kau!”

Suara Qishrina tiba-tiba dipotong oleh jeritan teruja Aisya Ameena. Barang yang dicari telah dia temui. Dia terus menyimpan kembali barang-barang yang dikeluarkannya ke dalam kotak itu.

Saat itu dia tidak sedar Qishrina masih lagi memegang gambar kenangan miliknya. Dia terus bangun lalu menuju ke bilik untuk menyimpan kotak itu. Menyedari Aisya Ameena terlepas pandang, Qishrina terus menyembunyikan gambar itu di dalam genggamannya.

Air matanya hampir menitis. Entah mengapa dia berfikir Aisya Ameena sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Gambar kenangan itu buktinya!

Bimbang dia kalah dengan rasa sebak di hati dan menangis di hadapan Aisya Ameena, dia berlari masuk ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat.

Serta-merta mutiara jernih kembali luruh setelah beberapa hari kemarau di wajahnya…

*****


Dia duduk termenung di pangkin. Angin petang yang menyapa wajah memberi rasa nyaman kepada empunya diri. Tiupan bayu yang sepoi-sepoi bahasa membuai lembut hujung tudungnya. Kain batik lusuh yang tersarung sesekali tertolak ke belakang.

“Hai… kata balik kampung nak jumpa abang. Rindu dekat abang. Ni kenapa asyik termenung je?”

Suara orang dari arah belakang memecahkan belon lamunan Qishrina. Dia berpaling. Nashrin sedang menapak lembut menuju ke arahnya.

“Abang… terkejut Rina,” ujarnya.

Dia berpusing sambil mengubah posisi duduknya agar lebih selesa. Nashrin kemudian mengambil temat di sebelahnya. Pangkin kayu itu menjadi tempat mereka berdua berbual sedari kecil lagi. Saiznya yang boleh memuatkan sehingga 8 orang membuatkan sesiapa sahaja yang datang bertandang melabuah punggung di situ.

“Ni mesti kes teringatkan seseorang kat Kuala Lumpur. Sampaikan abang tegur pun boleh terkejut,” usik Nashrin sambil menatap sayang wajah Qishrina.

“Mana ada abang. Rina cuma letih sikit,” dia tunduk memandang pasir putih di hujung kaki.

Fikirannya tiba-tiba teringat akan peristiwa malam itu. Gambar kenangan itu betul-betul mengusutkan kembali fikirannya yang hampir lega. Dia betul-betul terasa hati dengan Aisya Ameena. Sanggup Aisya Ameena mengunci mulut tentang perkara ini.

“Rina ada masalah kan?” tanya Nashrin penuh prihatin. Dia kenal sangat adik kesayangannya ini. Dia akan duduk diam dan termenung jika punyai masalah. Qishrina seorang yang susah untuk berkongsi masalah dengan orang lain.

Qishrina sebak dengan tiba-tiba apabila abangnya bertanya begitu. Dia tidak tahu kenapa dia begitu emosi! Mungkin rasa rindu terhadap Nashrin sangat menggunung bercampur pula dengan rasa sedih dalam hati membuatkan dia cepat terusik. Kolam matanya sudah berair. Makin lama makin kabur. Dia cuba bertahan agar tidak pecah di depan Nashrin.

“Kat sini kau rupanya Nas. Puas aku cari,”

Qishrina merasakan suara itu telah menyelamatkan air matanya daripada luruh. Cepat-cepat dia berpaling ke arah lain dan menyeka sisa-sia air mata di tubir matanya. Wajahnya di sapu sedikit agar tampak kembali segar.

“Aku menganggu korang ke?”

Nizam. Sahabat Nashrin yang bertugas satu kapal dengannya menyapa Qishrina dan abangnya. Dia mengikut Nashrin pulang ke kampung. Dia yang sedari kecil hidup di kota metropolitan begitu teringin merana nikmat inggal di kampung. Peluang cuti yang diberi oleh keua mereka untuk bercuti digunakan sebaiknya. Walaupun hanya beberapa minggu, ternyata ia amat berharga.

“Eh taklah. Aku saja borak-borak dengan Rina” Nashrin bersuara sambil meneliti seluruh wajah sahabatnya. Wajah utu tampak lain.

“Abanh Ijam, kenapa muka tu? Merah semacam jer?” Tanya Rina yang berlagak tenang, walaupun dalam hati masih ada sisa pedih.

“A’ah Ijam. Siap berpeluh habis muka tu. Kau dari mana ni?”

Ada nada risau pada suara Nashrin. Mahunya tidak, Nizam merupakan orang luar, Nashrin yang membawanya balik ke kampung setelah didesak beberapa kali oleh Nizam yang ingin mengikutnya pulang. Katanya inilah saat dia nak merasa nikmat tinggal di kampung. jika apa-apa terjadi terhadap Nizam, Nashrinlah yang bertangunggjawab. Dia mulai cuak!

“Aku dari dapur tadi,” ujarnya lambat-lambat. Wajahnya berkerut-kerut seperti menahan kesakitan.

“Abang Ijam tak sihat ke??” Tanya Qishrina penuh perhatian. Dia sudah bangundari duduknya.

“Ijam…!!! Mari sini cepat!”

Suara emaknya, Mak Itam dari arah pintu dapur menggamit perhatian mereka bertiga untuk berpaling. Nizam pula sudah berlari menuju ke arah emak. Sudu kecil di tangan emak dicapai.

Tanpa menunggu lama, Nashrin bangun. Dia menarik pergelangan Qishrina untuk turut sama ikut dia. Dia membawa langkah ke arah emak dan Nizam.

“Abang Ijam tu tengah sakit ke bang?”

“Entahlah. Abang pun tengah hairan ni. Bangun subuh tadi tengok sihat jer. Cepatlah Rina jalan tu!” Nashrin menjawab sambil menyuruh Qishrina mempercepatkan langkah kakinya.

Terkedek-kedek Qishrina dibuatnya. Dah la berkain batik, silap-silap boleh terlucut dibuatnya!

“Kenapa ni mak? Nizam, kau sakit apa ni? Jom aku bawa kau pergi klinik,” bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Nashrin.

Tidak cukup dengan itu, dia meraba dahi Nizam yang masih lagi mengeluarkan peluh halus.


“Uweekkk!!!”

Tidak semena-mena Nizam sepertin ingin muntah. Mereka bertiga sangat terkejut! Qishrina dan Nashrin yang tidak tahu-menahu hal sebenar mulai gelisah dan tidak senang duduk.

“Allaaa Mak Itam, masinnya!!!”

“Ya Alllah anak oi! Yang kamu cedok garam sampai satu sudu penuh tu buat apa. Mak Itam suruh cedok hujung sudu tu aja. Mahunya tak masin!”

Garam? Untuk apa? Pasangan adik-beradik itu semakin bingung dengan keadaan di hadapan mereka.

“Kenapa ni mak? Apasal mak bagi Ijam makan garam ni?”

Penat memikir, Nashrin terus bertanya. Wajah Nizam yang masih berpeluh dipandang silih ganti dengan wajah emaknya. Nizam pula sudah terjelir lidah menahan rasa masin yang masih pekat di lidahnya.

“Dia teringin nak makam cucur udang yang Rina goreng tu dengan sambal belacan bila tengok cicah. Mak kasi la dia makan. Sekali masuk mulut, meleleh air mata. Tu yang berpeluh sakan tu. Muka putih dah tukar jadi merah.”

Usai emak berkata begitu, Nashrin memuntahkan tawanya. Terbahak-bahak! Dia melihat wajah Nizam. Betul apa yang dikatakan oleh emak. Wajahnya sedikit merah berbanding biasa. Dia cuba bayangkaan bagaimana wajah itu ketika menggigit cebisan cili padi yang ditumbuk kasar oleh emak!

“Aduh! Sakit perut aku. Kau ni buat kelakar la Ijam,” Nashrin masih lagi tergelak.

Qishrina juga tidak terlepas mentertawakan sahabat abangnya itu. Mungkin Nizam terasa pelik apabila melihat emek mencicah cucur udang itu dengan sambal belacan. Lazimnya cucur udang dicicah bersama sos cili. Dari situ Nizam ingin mencubanya. Dia meneka dalam hati. Kemudian dia menggeleng kecil. Emaknya memang gemar mencicah cucur udang dengan sambal belacan. Katanya campuran rasa cucur udang yang lembut dan garing di lapisan luar menyelerakan lagi jika dicicah bersama sos yang lagi pedas rasanya.

Bagi Qishrina dan Nashrin, mereka langsung tidak pernah mencubanya. Abahnya pula, jarang-jarang berbuat begitu. Hanya emak yang selalu.

“Kesiannya kat Abang Ijam. Sampai berpeluh-peluh. Pedas sangat ke sambal belacan yang mak buat kali ni?” Tanya Qishrina, penuh simpati.

Waktu itu, dari sudut hati paling kecil seseorang sedang berputik satu perasaan halus tanpa sesiapa sedar!

“Mak rasa macam biasa jer,” jawab emak.


“Mak, Rina… kalau nak tahu. Si Ijam ni memmang tak tahan pedas. Rendang daging yang Rina kirim masa Nas nak pergi belayar tu pun dia tak boleh makan. Inikan pula sambal belacan mak yang kick tu. Ambil kau Ijam, dia kick! kau punya deria rasa,” Nashrin yang galak memecah ‘tembok rahsia’ Nizam kembali ketawa. Merah padam mukanya kerana malu!

Dalam masa yang sama, rasa malunya lebih lagi terasa di hadapan Qishrina!

Malam itu Qishrina sekeluarga keluar menjamu selera di luar. Nizam tidak terkecuali. Kereta Toyota Vios kepunyaan abah yang dihadiahkan oleh Nashrin membawa mereka pe pecan besar. Nashrin menjadi pemandu, manakal Nizam mengambil tempat di sebelah. Qishrina, emak dan abah mengisi tempat duduk di bahagian belakang.

Dalam perjalan ke pekan besar, telefon bimbit Qishrina tiba-tiba bordering. Melihat nama yag tertera, hatinya berat untuk menjawab. Terus sahaja dia membiarkan lantunan bunyi itu senyap dengan sendiri. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Qishrina merenung lagi, tanpa menunggu lama dia mematikan bunyi tersebut, punat cancel ditekan.

“Siapa yang telefon tu? Kenapa tak angkat?” soal abah.

Terpinga-pinga Qishrina dibuatnya. Dia mencari alas an,

“Isya abah,” jawabnya teragak-agak.

“Kenapa dimatikan?”

“Saja. Tak apa nanti Rina call dia balik. Tak ada apa yang penting pun.”

Tiba di persimpangan lampu isyarat, Nashrin menoleh melihat adiknya. Dari mata itu ada sesuatu yang dibicarakan. Pandangan itu seperti menyatakan bahawa Nashrin tahu Qishrina punyai masalah. Qishrina yang duduk di belakang Nizam tidak berani menatap mata abangnya lama-lama. Dia tahu yang dia akan tewas dengan lelaki itu.

Mereka kini tiba di sebuah restoran yang agak unik tempatnya. Puncak Mutiara Café. Restoran yang menghidangkan makanan berasasnya kambing sebagai menu utama menjadi tempat pilihan Nashrin untuk memperkenalkan kepada Nizam.

Tempat makannya dibina khas untuk satu keluarga. Senibinanya sangat cantik. Sekali pandang seperti pondok drama Wadi Unung di dalam televisyen. Tempat duduknya pula diberi dua pilihan, samada mahu duduk bersila atau pun duduk di atas kerusi. Memandangkan Nizam adalah tetamu ‘utama’, abah mengambil keputusan untuk memilih tempat duduk yang bersila. Orang ramai berpusu-pusu keluar dan masuk.

Saat menunggu hidangan tiba, sekali lagi telefon bimbit Qishrian berbunyi. Saat itu dia terpandang wajah Nashrin. Serta-merta rasa gentar terhadap pandangan itu merasuk jiwanya. Nashrin sedang merenung aneh wajahnya. Nashrin amat benci jika adik kesayangan berada dalam belenggu masalah. Itu adalah pantang baginya!

“Hello…” lemah suaranya. Waktu itu Qishrina bangun dan beredar jauh daripada keluarganya.

“Hello Rina, kenapa kau matikan  handphone tadi? Kau ada kat mana ni?”

Suara nyaring Aisya Ameena menjerit kecil dihujung talian. Mungkin betang dengan tindakan Qishrina.

“Aku…aku tertekan tadi.,,” bohongnya.

“Habis kenapa tak call aku semula. Kau ada kat mana ni? Bisingnya?” tanyanya lagi. Suasana pengunjung yang keluar masuk dan berselisih dengan Qishrina menyapa pendengaran Aisya Ameena di hujung sana.

“Aku lupa la..aku ada kat restoran ni. Makan-makan dengan family.”
Katanya lambat-lambat. Hatinya begitu tawar untuk berbual dengan teman serumahnya buat masa sekarang.

“Wah..bestnya kau. Patutlah kau tak bagi ikut kau balik...” selamba sahaja Aisya Ameena.

Tiba-tiba sahaja hati Qishrina menjadi panas dengan serkap jarang yang dilemparkan oleh Aisya Ameena kepadanya. Sesuka hati menuduh dia begitu. Mahu sahaja dia membalas balik kata-kata itu. Dia tahu Aisya Ameena bergurau. Tetapi…entahlah. Hatinya sakit sekali!

“Qishrina, jom. Makanan dah sampai,” Nizam sedang berdiri tegak disebelahnya tanpa dia sedar!

“Rina, suara siapa tu?” Aisya Ameena yang masih lagi di talian dapat mendengar suara itu. Pasti dia tahu itu bukan suara Nashrin, abangnya.

“Isya, aku kena pergi sekarang. Bye!”

Terus sahaja dia mematikan hubungan. Nizam di sebelah dipandang.

Qishrina tersenyum lebar. Dia sudah mengangga Nizam itu seperti abangnya. Justeru, tiada langsung sifat ‘malu tak bertempat’ dalam dirinya. Pondok comel itu kembali dituju.

Kau keluar dengan siapa sebenarnya Rina???

Semasa ingin menyuap makanan ke mulutnya, Qishrina menerima mesej pula. Meseg tersebut dibuka. Ianya dari Aisya Ameena. Usai membacanya dia membalas pendek.

Kan aku dah cakap tadi..dengan family aku…

Hatinya mulai tidak selesa dengan situasi itu.

Tadi tu suara siapa? Aku tahu tu bukan suara abang kau kan..?

Makan malamnya mulai terganggu. Dia sangka, jika pulang ke kampung sehari dua dirinya dapat melupakan sebentar rasa serabutnya tentang masalah di Kuala Lumpur. Nampaknya keadaan mula menekan. Aisya Ameena  pula tidak henti-henti menganggunya.

Takde siapa-siapalah…

Punat-punat bulat yang bernombor ditekan laju. Dia tahu, sebentar lagi dia akan menerima lagi ‘pertanyaan’ daripada Aisya Ameena.

Rina, kau keluar dengan siapa sebenarnya ni? Kau beritahu aku cepat..

Tulisan tersebut dibacanya dengan nada seperti memaksa. Qishrina tahu, itu yang diinginkan oleh Aisya Ameena sebenar. Dia tahu sikap Aisya Ameena bagaimana. Seorang yang mengambil berat, dan suka menolong orang. Terutama dirinya sendiri.

Tetapi semenjak hari itu, dia mulai rimas dengan segala tindak tanduk sahabatnya itu. Segalanya tidak kena di matanya. Mesej yang diterima itu juga membuatkan perasaan geramnya seperti ingin meletup. Papan kekunci di telefon bimbit itu di tekan lagi. Kasar sekali!

Kau jangan menyibuk hal aku boleh tak? Mulai sekarang apa pun yang aku buat..itu masalah aku..kau, jangan masuk campur!

Dia terus melempar kasar telefon bimbit ke dalam tas tangan miliknya. Dia mendengus marah. Qishrina tidak sedar bahawa dia kini menjadi pusat perhatian mereka di meja itu. Rasa geram dan sakit hatinya melebihi akal waras milik gadis itu. Dia tidak kisah lagi kali ini. Biar apa pun kata-kata hairan yang muncul dalam benak mereka, yang dia tahu rasa sakitnya sudah hamper pecah di situ.

“Rina,  makan cepat!”

Tegas! Dia mulai terjaga dari emosi tebal. Abah mulai bersuara. Dia tahu, abah mulai mengesaki sesuatu!

Sementara di hujung kesibukan kota sana, seorang gadis sedang dihujani air mata sedih yang sangat memilukan!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan