Bab 6
‘Cekodok
punya jantan! Dia kenakan aku! Haish… kalau ikutkan hati aku yang sakit ni, nak
aje aku simbah jus limau tu kat muka dia!’
Qishrina
membebel sendiri. Hatinya panas terhadap majikannya. Sudahlah persoalan yang
bersarang di otaknya masih belum selesai, lelaki ini suka hati sahaja
membuatkan dirinya menjadi lebih cuak!
Qishrina
mengimbau perbualan di restoran sewaktu makan tengah hari tadi…
“Awak
kenal saya ke?”
Soalan
yang dilontarkan betul-betul membuatkan Qishrina seperti hilang arah. Ketiadaan
Laila di sisi membuatkan dirinya goyang, lebih-lebih lagi untuk berhadapan
lelaki yang sentiasa bermaian dibenaknya semenjak hari pertama dia ke Danau
Holding.
“Erkkk…”
Qishrina teragak-agak untuk bersuara.
“Laaa…gagap
pulak dah…” ujar Firas Azril. Spontan!
“Kenapa
Encik tanya saya soalan ni? Kita pernah bersua ke sebelum ni?” Qishrina
memberanikan diri untuk bersuara. Jika dia terus berdiam, pasti dia akan terus
menjadi sasaran majikannya.
“Saya
rasa macam tu lah. Wajah awak ni,mengingatkan saya kepada seseorang.”
“Siapa?”
Laju
sahaja Qishrina membalas. Sifat tenangnya tiba-tiba hilang dan bertukar menjadi
gelojoh.
“Pengurus
akaun di syarikat saya yang suka berangan dan mengelamun sepanjang masa,” Firas
Azril bersuara sambil matanya menatap tepat wajah wanita di hadapannya.
‘Itu
aku! Kurang asam punya majikan!’
Wajah
Qishrina serta-merta menjadi merah. Renungan Firas Azril dibalas renungan
kembali. Tetapi renungannya ini berisi rasa geram bercampur malu. Rasa sakit
hatinya semakin menjadi-jadi lagi apabila melihat Firas Azril yang mula
ketawakannya.
‘Diam-diam
kau menjadi ye! Dekat office buka main serius lagi.’ selarnya,
namun hanya dalam hati.
Qishrina
menghela nafas keras. Dia kemudian segera mematikan bayangan peristiwa di
restoran tengah hari itu. Jika tidak memikirkan mereka berada di tempat awam
ketika itu, mahu sahaja dia menyorok wajahnya dibawah meja.
Malam
itu dia dan Aisya Ameena keluar mengisi perut di restoran yang berdekatan
dengan kawasan perumahan mereka. Masing-masing malas untuk memegang periuk
untuk masak.
“Habis
kau belum pasti lagi dia lelaki itu?” Aisya Ameena bertanya. Suasana gerai yang
bising dengan pelanggan yang menonton perlawanan bola sepak membuatkan Aisya
Ameena sedikit menjerit.
“Belum.
Aku ingatkan tadi dah boleh dapat jawapan sebenar. Tapi hampeh! Aku yang
dikenakan balik.”
Adu
Qishrina bersama mimik muka yang tidak puas hati. Aisya Ameena yang dari tadi
tidak henti-henti tersenyum menggelengkan kepalanya. Dia ketawa besar apabila
Qishrina membuka cerita ini.
“So, kau nak buat macam mana? Takkan kau
nak tanya dia pulak. Kau bukannya
macam tu,” tanya sahabatnya.
“Aku
ingat nak ‘risik’ cerita melalui Laila. Dia dah lama kerja kat situ. Mesti dia
tahu banyak benda pasal mamat yang suka bajet
hensem tu,”
“Kenapa
kau nak tahu sangat perkara ni Rina? Alang-alang kau kerja kat situ, then dia pun macam tak kenal kau go on je lah. Menyusahkan diri kau je nak kena jadi penyiasat tak bergaji.”
Aisya
Ameena bertanya sambil diselang-selikan dengan suapan kuah mee tomyamnya.
Kepulan asap yang naik bersama aroma serai dan daun limau membuat sesiapa
sahaja terliur dan menjadi lapar.
“Saja.
Aku kan suka buat kerja yang tak bergaji ni…” Qishrina membalas sambil menyindir
Aisya Ameena kembali. Aisya Ameena yang sedar dia disindir, menunjuk garfu
ditangannya. Lagaknya seperti ingin mencucuk mata sahabatnya yang bulat memandang
ke arahnya.
Mereka
kemudian ketawa sambil menikmati hidangan. Aisya Ameena langsung tidak
mempercayai jawapan Qishrina. Dia tahu Qishrina menyembunyi sesuatu
daripadanya. Dia tidak mahu dianggap menyibuk dan hanya membiarkan rasa syak
itu hilang dari fikirannya tanpa jawapan. Qishrina pula, kenangan dahulu
kembali mengusik kotak fikirannya. Tiada siapa yang tahu akan perkara ini.
Kecuali…
*****
Qishrina
mencapai telefon bimbitnya. Tuala putih yang membalut rambutnya ditarik lembut.
Mahkota wanita itu kemudian dikeringkan perlahan-lahan. Rasa segar selepas
membersihkan diri membuatkannya berasa tenang.
Assalamualaikum
Laila. Akak menganggu ke?
Selesai
menekan butang send, dia melempar
alat komunikasi itu di atas katil. Melantun-lantu berberapa kali. Sementara
menunggu balasan daripada Laila, Qishrina mengeluarkan baju kurung dari dalam
almarinya untuk digosok. Dia gemar menggosok baju dan tudungnya di malam hari.
Ini semua untuk mengelakkan diri daripada berebut seterika dengan Aisya Ameena
pagi esok! Dia kenal perangai rakan serumahnya itu. Suka buat kerja last minit!
Beberapa
minit kemudian, kedengaran nada menandakan ada mesej diterima. Qishrina
merebahkan tubuhnya di atas katil usai menyikat rambutnya. Telefon bimbitnya
dicapai lalu membuka peti pesanan ringkat.
Wsalam. Tak pun.
Laila tengah baca novel je tadi. Ada apa hal akak?
‘Macam
tahu-tahu yang aku ni ada hal dengan dia…’ kata hatinya
Boleh kita jumpa petang
besok?
Laju
jejarinya menaip huruf.
Boleh. Akak nak
jumpa Laila kat mana?
Tanya
Laila kembali. Kali ini balasan yang diterima lebih cepat berbanding mesej yang
pertama tadi.
Ermmm…kita jumpa di
Tasik Baiduri boleh?
Ok! Laila jemput
akak dari office ye. Kita pergi sekali.
Boleh jugak. Thanks
Laila.
Selesai
berbalas mesej dengan Laila, Qishrina bangun dari pembaringan dan menukar
posisi meniarap. Laila mengambil cuti 2 hari. Ini bermakna 2 hari jugalah
mereka tidak akan bertemu. Sebab itulah Qishrina menghantar mesej kepada Laila
untuk berjumpa petang esok. Tawaran Laila untuk menjemputnya dari pejabat
memudahkan lagi dirinya. Tidak perlulah dia menunggu teksi untuk ke Tasik
Baiduri. Bak kata pepatah, orang mengantuk disorongkan bantal… Qishrina
tersenyum sendiri.
Tepat
pukul 5.30 petang keesokkan harinya, Qishrina sudah mula menutup komputer di
pejabatnya. Fail-fail akaun disusun kemas dan diletak pada tempat yang sesuai.
Selesai mengemas ala kadar, dia mencapai tas tangan lalu mengatur langkah
keluar dari pejabat.
Kaluar
sahaja dari perut lif, Qishrina menapak keluar dari bangunan agam itu. Kereta
Laila dicari. Tiada!
‘Laila,
kau jangan buat-buat lupa sudah…’ bisik hatinya sambil memerhati kawasan
sekeliling. Dia kini sudah berdiri di atas anak tangga yang memisahkan jalan
berturap dengan tar dan lantai bangunan.
Pon…
pon…!!!
Bunyi
hon dari arah kanan menyentakkan Qishrina. Hujung selendangnya yang
berkibar-kibar ditolak ke belakang kerana menghalang pandangannya. Sebuah
kereta Proton Perdana hitam berkilat berhenti betul-betul di hadapannya. Dia
teragak-agak untuk mendekatinya. Tidak mungkin Laila, kerana dia tahu Laila
memandu kereta Naza bukannya proton. Tetapi mungkin juga Laila meminjam kereta
adik-beradiknya. Tambahan pula cerminnya yang sedikit gelap menyukarkan
Qishrina melihat siapa didalam.
Cermin bahagian sebelah penumpang hadapan
diturunkan oleh pemandunya. Qishrina cuba menurunkan badannya ke bawah untuk
melihat dengan lebih jelas siapa empunya kereta ini.
“Qishrina,
nak balik rumah ke?”
‘Firas?
Macam mana dia boleh lalu sini? Bukan dia pergi tengok tapak projek ke?’ dia
bermonolog dalam diri saat terpandang lelaki itu. Dia yang berkaca mata hitam
dan masih lengkap berkemeja biru muda tampak begitu segak sekali!
“Hello Cik Qishrina… dah bisu ke?”
soalnya lagi sambil memetikan jarinya. Dia sempat lagi ketawa sinis.
“Ya
Encik Firas. Nak balik rumah…”
‘Dah
habis waktu kerja, mestilah nak balik rumah. Takkan nak tercongok kat sini
sampai pagi esok’ bebelnya lagi dalam hati. Geram pula rasanya apabila dia
sering dijadikan bahan usikan Firas Azril.
“Kalau
macam tu, jomlah. Saya hantarkan,” dia menawarkan diri.
‘Biar
betik dia ni!’ jeritnya dalam hati.
“Tak
apalah Encik. Lagi pun housemate saya
dah janji nak datang jemput ni. Terima kasihlah,” Qishrina menolak ajakan
tersebut dengan memberi alasan sebegitu.
“Betul
ni tak nak saya hantarkan?” Firas Azril masih tidak puas hati dengan
jawapannya. Cermin mata hitam yang melindungi matanya disingkap ke atas.
‘Mak
ai… boleh tahan mamat ni. Hensem kot.’
Pujinya
dalam hati. Dia cepat-cepat tersedar selepas itu. Bimbang akan menjadi bahan
usikan lagi jika dia terus merenung wajah kacak majikannya.
“Ye, tak apa. Terima kasih Encik Firas,’
jawabnya kembali.
Sebaik
sahaja Qishrina menutur begitu, kereta tersebut terus meluncur laju. Anak
matanya mengikut memandang arah tuju kereta tersebut sehingga hilang di balik
pokok-pokok pinang hiasan.
Dia
manrik nfas panjang lalu menghembus lembut. Jam tangan dilirik lagi. sudah 15
minit dia terpacak di sini. Bayangan kereta Laila masih belum kelihatan. Tidak
berapa lama kemudian kereta Laila berhenti di hadapannya. Tanpa menunggu lama
dia terus melabuhkan punggungnya ke kerusi penumpang hadapan lalu kereta Naza
putih itu menyusur laju menuju ke arah Tasik Baiduri.
“Seronok
dapat duduk rumah?” Qishrina berbasi-basi dengan Laila ketika mereka duduk
bersila di atas rumput hijau sambil mengadap sebuah tasik buatan. Tenang sekali
airnya.
“Puas
sangat akak. Best giler dapat
golek-golek atas katil tanpa gangguan,” ujarnya dengan nada gembira. Matanya
dipejamkan.
“Aik,
selama ni ada orang ganggu ke?” dia
cuba memanjangkan perbualan santai sebelum bertanya soalan yang sebenar.
“Tak
ada orang ganggu pun. Maksud Laila pagi-pagi dah kena bersiap untuk ke office. Kadang-kadang tu kalau terlelap
selepas subuh, kelam-kabutlah bersiap. Sampai office lambat beberapa minit, conform
dapat panggilan dari bos muda kita tu, tanya kenapa tak sampai lagi,’ jawabnya
panjang lebar.
Qishrina
tahu siapa ‘bos muda’ yang dimaksudkan oleh Laila itu. Siapa lagi kalau bukan
Firas Azril. Dia hanya ketawa.
“Hah…
ada apa akak nak jumpa Laila ni? Macam penting je…” teka Laila. Rambutnya yang
dilepas beralun dihembus bayu petang.
“Akak
nak tanya Laila tentang seseorang…”
“Siapa?”
“Malulah
pulak nak tanya…” baru kini Qishrina terasa segan untuk bertanya terus kepada
Laila.
“Tanyalah
akak. Tak payah nak malu-malu dengan Laila ni. Akak nak tanya tentang siapa?”
tenang sahaja soalan yang diajukan oleh Laila. Keadaan ini membuatkan Qishrina
nekad untuk berterus-terang siapa yang dimaksudkan.
“Encik
Firas. Akak nak tanya tentang Encik Firas Azril.”
Terbeliak
mata Laila saat Qishrina menghabiskan ayatnya. Dia turut terkejut dengan reaksi
Laila.
“Laila!
Jangan la pandang akak macam tu. Ini yang akak malas nak cakap ni,” Qishrina
menegur reaksi Laila. Lutut gadis itu dicuit dengan jari telunjuk.
“Ok…
ok. Tak! Laila terkejut sangat tadi. Macam tak percaya je akak nak tanya
tentang Encik Firas. Apa yang akak nak tahu tentang bos kita tu?”
Selepas
beberapa minit menenangkan diri, Laila bertanya. Dia melunjurkan kakinya ke
hadapan. Mungkin sudah terasa lenguh. Dia yang berseluar jeans dan blouse longgar
labuh kelihatan mudah sahaja untuk bergerak. Tidak seperti Qishrina yang masih
berbaju kurung. Dia terpaksa memegang kainnya daripada disapa angin. Bimbang
jika terselak.
“Apa
nama penuh Encik Firas sebenarnya? Laila mesti tahu sebab Laila dah lama kerja
kat Danau Holding,” Qishrina mula menyoal. Cebisan rumput di tangannya
dicarik-carik hingga halus.
“Nama
penuh dia Firas Azril Bin Nazim,” jelasnya ringkas.
“Nazim?
Jadi siapa Datuk Fadhil tu? Apa hubungan Datuk dengan Encik Firas? Bukan ke
Encik Firas tu bakal pewaris Danau Holding?” bertalu-talu Qishrina menyoal
Laila sambil kerut di dahi.
Dia
kini mulai bingung. Apa yang dia tahu, Firas Azril merupakan bakal pewaris
syarikat Danau Holding. Lazimnya, seseorang yang akan mewarisi empayar
perniagaan sebegitu sudah tentu anak kepada empunya syarikat. Tetapi mengapa
sebaliknya yang terjadi?
“Amboi
akak. Tanya macam polis trafik. Ni mesti kes cita-cita tak kesampaian ni. Itu
yang soal sampai macam ni,” gurau Laila.
Kali
ini paha Laila pula menjadi mangsa cubitan Qishrina. Mujurlah dia sempat
mengelak. Jika tidak pasti berbekas.
“Encik
Firas tu sebenarnya anak saudara Datuk Fadhil. Dia sebenarnya anak yatim piatu.
Ayahnya meninggal masa dia umur 17 tahun. 3 tahun lepas tu, mak dia pula
dijemput Illahi. Selepas aje
peristiwa tu, Datuk Fadhil terus ambil Encik Firas tinggal dengan dia.
Sampailah sekarang.”
Mendengar
sahaja penerangan daripada Laila, Qishrina menjadi sayu. Entah mengapa hati
kecilnya bersimpati dengan jejaka itu.
“Tapi
kedudukan yang dia kecapi sekarang bukan bula-bulat diberi oleh Datuk Fadhil.
Tamat sahaja peperiksaan SPM, Datuk terus sahaja mengambil dia menjadi budak
pejabat. Bermuula dari situlah Encik Firas mula belajar tentang dunia
perniagaan. Lama-kelamaan Datuk Fadhil dapat kesan minat Encik Firas dalam
bidang ini. Dari tugas sebagai penghantar surat Encik Firas dilatih untuk
menguruskan syarikat secara perlahan-lahan.”
Terang
Laila satu persatu. Jelas dan lancar sekali! Qishrina mulai tahu sedikit
‘cerita’ tentang Firas Azril.
“Jadi
Laila sudah kenal dan kerja di bawah Encik Firas sudah lama la ye?”
“Ermmm…
lebih kurang 3 tahun. Tapi tahun pertama Laila di Danau Holding, Laila bekerja
di bawah Datuk Fadhil lagi. Selepas Datuk Fadhil melantik Encik Firas, baru
Laila bekerja dia bawahnya. Datuk sekarang jarang turun ke pejabat. Semuanya diserahkan
kepada Encik Firas. Melainkan jika urusan itu melibatkan urusan yang penting
buat syarikat dan berisiko. Waktu itu Datuk akan turun untuk memantau cara
Encik Firas deal dalam sesuatu
projek.”
Dia
mendengar tanpa langsung mencelah. Niat asalnya untuk mengorek cerita peribadi
Firas Azril semakin tersasar. Akhirnya Qishrina kembali ke perkara yang
sebenar. Dia harus mengorek rahsia Firas Azril secara perlahan-lahan daripada
Laila.
“Ooo…
untungkan Encik Firas. Ada bapa saudara yang percayakan dia. Bukan senang nak
serahkan empayar sebesar Danau Holding kepada orang lain walaupun anak buah
sendiri.”
Puji
Qishrina. Jujur dari hatinya!
“Encik
Firas anak tunggal ke?” tanya Qishrina lagi. Wajah gadis di sebelahnya direnung
lama.
“Tak,
Encik Firas ada lagi 2 orang adik. Seorang perempuan, muda setahun darinya.
Azean namanya, dia dah mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Seorang lagi
lelaki. Yang ni pula masih menuntut di Ireland,”
Jangkaan
Qishrina mulai tersasar. Pada pengetahuannya, Firas Azril yang dia kenal semasa
zaman sekolah dahulu punya 3 orang adik. 2 lelaki dan seorang perempuan.
Tentang nama penuh Firas Azril pula, dia langsung tidak ingat nama bapanya.
Justeru, agak susah untuk dia mengesahkan bahawa ini Firas Azril yang dia kenal
dahulu atau pun tidak.
“Yang
akak nak tahu sangat tentang Encik Firas ni kenapa? Haaa…akak suka kat Encik Firas
ye?” Laila mulai serkap jarang.
“Ish,
tak terniat langsung Laila oi! Akak ni sekarang kerja bawah dia. Kenalah ambil
tahu tentang diri dia sedikit demi sedikit. Kenapa, salah ke?”
“Elehhh…
ye la tu. Habis tadi depan bangunan tadi tu benda apa? Nasib baik Laila janji
nak jemput akak ke sini. Kalau tidak mesti Encik Firas dah hantarkan akak ke
sini kan…”
Terkejut
Qishrina dengan kenyataan yang keluar dari mulut Laila. Rupa-rupanya Laila
sempat melihat ‘adegan’ tanpa dirancang sebentar tadi! Pasti Laila kenal dengan
kereta Proton Perdana itu! Jika tidak dia tidak akan menyebut nama majikan
mereka.
Geram
dengan usikan itu, Qishrina mencampakkan cebisan rumput ditangannya yang
diracik halus. Sambil itu mulutnya tidak henti-henti menyangkal dakwaan yang
tidak benar itu. Laila pula semakin galak mengusik Qishrina.
Tanpa
mereka sedar ada sepasang mata sedang memerhati mereka bergurau…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan