Bab 5
Hampir
sebulan Qishrina menjadi ahli keluarga di Danau Holding. Danau Holding dan
Firas Azril! Qishrina langsung tidak menyangka bahawa lelaki yang paling dia
benci sewaktu zaman sekolah dahulu merupakan bakal pewaris syarikat yang sedang
dia berkerja ketika ini.
Pertama
kali melihat lelaki itu,jiwanya hampir luluh. Tubuhnya terasa tidak sanggup
untuk berhadapan dengan Firas Azril setiap hari. Mujurlah dia mampu berfikir
dengan tenang dan berfikiran positif.
“Kau
nak lari mana Qishrina. Ini rezeki kau. Kau kena terima jugak. Suka atau tak,
itu kau kena hadapi sekarang ni.”
Aisya
Ameena memujuknya.
“Kau
tak ada di tempat aku Isya. Kau tak rasa sakitnya…pedihnya hati aku sekarang,”
luahku. Air mata masih setia mengalir di pipiku.
“Apa
reaksi majikan kau bila tengok kau kat depan dia? Terkejut?”
Qishrina
membisu agak lama sebelum menggeleng. Mutiara jernih diseka kasar. Kesan merah
kelihtan di kulit mukanya.
Aisya
Ameena hanya diam apabila Qishrina menjawab pertanyaan dengan gelengan kepala.
Lamunan
Qishrina tentang perbualannya dengan Aisya Ameena malam itu hilang apabila Adi,
budak dispatch datang menghulurkan
surat.
“Hai
kak Rina. Menung panjang nampak. Teringatkan cik abang di kampung ke?”
Adi
mengusik Qishrina. Sengihannya tampak lebar. Qishrina yang sememangnya senang
dengan peribadi anak muda ini hanya menjeling sambil tersenyum.
“Mana
ada Adi. Siapalah nakkan akak ni,” balasnya. Sambil itu jarinya lincah
menurunkan tandatangan di surat bersampul coklat itu.
“Eleh!
Kak Rina ni buat ayat pasrah pulak. Betul ke siapa pun tak nak dekat akak?”
soal Adi lagi tanpa jemu. Ruang pejabat yang sunyi membuatkan suasana sedikit
‘bersuara’.
“Ye
lah. Kenape? Tak pecaye ker?”
Lagak
Qishrina yang cuba meniru iklan dalam televisyen membuatkan tawa Adi pecah.
Namun dia kembali tersedar apabila Qishrina menegurnya.
“Kalau
macam tu, Adi boleh masuk linelah. Borang ‘kosong’ ada. Nak isi ni…”
“Budak
ni!!! Sudah, pergi sambung kerja balik. Nanti akak report dekat Datuk baru
tahu,”
Dia
menggertak anak muda yang sudah dianggap seperti adiknya itu. Laju sahaja dia
melarikan diri apabila Qishrina mencapai fail merah untuk menamparnya. Ketawa Adi
kedengaran sayup-sayup hilang di balik dinding. Qishrina tersenyum sambil
menggelengkan kepala.
“Qishrina,
apa yang bising tadi tu?”
Seperti
ingin tercabut jantungnya ketika itu! suara Firas Azril bergema di bilik itu. Pantas
dia mengangkat wajahnya dan kelihatan jejaka itu tegak berdiri di tepi pintu
biliknya yang terbuka luas.
‘Ini
mesti kerja Adi yang terlupa nak tutup pintu’ bebelnya dalam hati.
“Erkk…
tak ada apa-apa Encik Firas,” balasku dalam getar di dada.
“Habis
apa yang bising-bising saya dengat tadi tu?” serius pertanyaannya. Tangannya
yang menyeluk saku seluar menampakkan dia kelihatan lebih tegas dari biasa.
Hampir
sebulan dia berkerja di situ, inilah kali pertam Firas Azril datang ke
biliknya. Jika tidak hanya Laila yang menjadi ‘tetamu’ tetap di sini selain Aidi.
‘Apa
pulak mimpi dia ni tiba-tiba datang bilik aku?’ desis hati Qishrina. Pelik!
“Ooo…
saya… saya bergurau dengan Adi tadi. Itu saja.” Qishrina akhirnya berterus
terang jugak,walaupun jawapan yang di berikan pendek.
“Hmm…
waktu makan dah ni. Jom,turun makan.”
Zup!
Qishrina seperti ingin jatuh tergolek di situ. Matanya yang sedia bulat
bertambah bulat lagi. Mujurlah Firas Azril sudah beredar dari pintu biliknya.
Jika tidak sudah pasti dia dapat melihat raut wajah Qishrina ketika itu.
Qishrina semakin pelik apabila majikannya yang serius dan susah untuk bersuara
tiba-tiba sahaja mengajaknya untuk turun makan.
Rasa
sedih yang mulai bertukar menjadi rasa takut. Pelbagai andaian yang bermain di
kotak fikirannya. Andaian yang pertama adalah Firas Azril ingin bertanya
tentang siapa dia yang sebenarnya. Adakah betul telahan dia itu?
“Cik
Rina, jom turun makan. Encik Firas dah tunggu kat restoran bawah.”
Tersentak
dia dengan sapaan itu.
‘Oh!
Aku ingatkan aku sorang saja yang di ajak makan. Kalau macam tu, bukan seperti
yang aku fikirkan.’ Qishrina bermonolog dalam diri.
“Sekejap
ye Laila,” dia meminta Laila menunggu sebentar.
Laptop
putih miliknya ditutup dengan berhati-hati. Segala dokumen yang ditaip simpan ke
dalam fail yang berkenaan. Selepas itu dia mencapai beg tangannya dan melangkah
ke arah Laila yang setia menunggu dia luar pintu.
“Laila,
boleh saya tanya awak?”
Ketika
itu mereka berdua baru sahaja melangkah masuk ke dalam lif. Laila yang sedang asyik
menggoles pemerah bibir berona pink
lembut ke bibirnya itu menolah memandang Qishrina.
“Nak
tanya apa Cik Rina?”
“Laila,
tak payah la nak ber cik cik dengan saya.
Panggil saja Rina,” Qishrina menegurnya.
Sudah berapa kali Qishrina meminta agar Laila
memanggilnya dengan nama. Dia tidak selesa jika sebaliknya. Laila menyimpan
penggoles bibirnya kembali. Ketika itu lif yang mereka naiki sudah hampir tiba
di tingkat bawah.
“Saya
tak selesa Cik Rina,” balasnya perlahan.
“Kalau
awak tak selesa, saya lagi tak selesa kalau awak panggil saya Cik Rina.”
“Tapi
saya betul-betul tak selesa kalau panggil begitu. Cik Rina kan lebih berpangkat
dari saya.”
Qishrina
manarik nafas dalam. Inilah orang sekarang. Asal pangkat tinggi, kena panggil
ikut pangkat.
“Laila,
itu semua pangkat saja. Pangkal nama pada pangkal tu tak berdosa pun kalau kita
tak guna. Saya dah anggap awak ni macam adik saya dah Laila.”
Dia
bersuara panjang lebar. Keadaan kembali sunyi apabila pintu lif terbuka dan
mereka berdua terpaksa berasak untuk keluar kerana ada beberapa orang lagi yang
turut menyertai mereka di dalam lif itu untuk keluar sama.
“Ok. Kalau macam tu saya panggil Cik Rina
Kak Rina, boleh?”
“Hah!
Macam tu lah!”Qishrina tersenyum lebar.
“Tapi
jika dalam pejabat dan waktu bekerja saya panggil Cik Rina semulalah.”
Qishrina
enggan membawa perkara itu lebih berlarutan. Kesudian Laila memanggilnya Kak
Rina sudah cukup membuatkan dirinya senang dengan gadis manis itu.
“Hmm…baiklah
adikku!”
Mereka
membalas senyuman. Ketika berjalan menuju ke arah restoran yang bercat hijau
pucuk pisang itu, Laila bersuara.
“Tadi
Cik Rina…”
“Heemmm…!!!”
Pertanyaan
Laila terhenti apabila Qishrina mengeluarkan nada seperti marah. Laila tersasul
memanggil namanya.
“Oppss…
sorry. Tersasul pulak. Tadi Kak Rina nak tanya apa sebenarnya?”
Saat
itu kaki mereka sudah melangkah masuk ke restoran Saujana Indah. Dalam masa
yang sama, mata Qishrina manangkap sesusuk tubuh yang sedang memandang ke arah
mereka berdua. Laila pula masih memandang liar ke dalam ruang restoran yang
semakin sesak dengan pengunjung.
“Sekejap
lagi akak cakap ok. Laila! Tu, Encik
Firas!” Qishrina menguis tangan Laila. Mudah sahaja Laila menangkap di mana
majikannya itu berada. Aku turut memandang ke arah yang sama. Firas Azril
menggamit kami berdua agar datang kepadanya.
“Maaf,
buat Encik Firas menunggu.”
“Orderlah,
nak makan apa. Hari ni saya belanja kamu berdua.” kata sewaktu Qishrina dan
Laila melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengannya.
Qishrina
yang hanya diam mencuri pandang ke arah Laila yang asyik sekali membelek
menu-menu yang tertulis di atas buku menu. Sesekali mulutnya berdecit-decit.
Mungkin pening memikirkan menu apa yang ingin dijamah tengah hari ini.
Saat
pertama kali Qishrina melihat gadis ini, dia menyatakan usianya sudah
menjangkau 26 tahun. Rupa-rupanya Laila masih lagi muda. Pembawaan dirinya yang
matang dalam profesion menampakkan dia lebih matang dari usia. Hinggalah minggu
pertama Qishrina bernaung di bawah Danau Holding ini, barulah dia tahu bahawa
gadis anggun ini baru menjangkau usia 22 tahun. Sangat muda!
“Qishrina!”
suara lelaki menegurku. Tegas!
Sekali
lagi! Lamunan dia pecah buat kali kedua hari ini. Matanya membulat melihat
lelaki di hadapannya. Riak wajah terkejut terukir. Tidak mampu selindung lagi.
Rupa-rupanya Firas Azril memanggil namanya kali ini kerana melihat Qishrina
langsung tidak memberi tindak balas apabila Laila bertanya tentang menu yang
ingin dipesannya.
“Kak
Rina nak makan apa? Orderlah cepat,”
Laila menyoalku lagi.
Buku
menu yang berada di hadapan Qishrina diselak olek Laila. Entah bila pun dia
tidak sedar buku itu sudah beralih tempat daripada tangan Laila ke hadapannya.
“Errkk…
akak ikut apa yang Laila makanlah,” rasa gementar dengan teguran Firas Azril
belum hilang. Ini membuatkan Qishrina sukar untuk berfikir. Mujurlah otaknya
cepat untuk memesan hidangan yang sama dengan Laila.
Selesai
mengambil pesanan, pelayan tersebut beredar. Qishrina masih kaku. Entah mengapa
dia begitu bimbang untuk bertentang muka dengan majikannya,walaupun hampir
sebulan dia berkerja satu tempat. Mujurlah semasa waktu berkerja,rasa
gementarnya seperti hilang dan rasa takutnya langsung tidak menjelma.
“Excuse me, saya ke tandas sekejap.”
Dari
hujung telinga aku mendengar Firas Azril memohon diri untuk ke tandas. Bunyi
tolakkan kerusi ke belakang bergema ke seluruh restoran. Melihat sahaja tubuh
tinggi dia hilang, Qishrina terus menarik rapat lengan Laila yang duduk di
sebelahnya.
“Laila,
Encik Firas memang selalu belanja awak dan staff
lain lunch ke?” soalku kalut-kalut.
“Kak
Rina, kalau Kak Rina nak tahu… inilah kali pertama Encik Firas Azril belanja
Laila selama Laila berkerja di sini,” ujar Laila bersama mimik muka yang penuh
perasaan. Nampaknya Laila mulai selesa dengan Qishrina apabila mula membahasakan
dirinya ‘Laila, dan bukan lagi ‘saya’!
“Hah!
Biar betul?” Qishrina menjerit halus. Wajah gebu Laila ditatap.
“Betul!
Laila pun pelik tak ada angin,tak ada ribut dia ajak lunch dengan dia. Laila
apa lagi,orang cakap rezeki jangan di tolak!”
Perbualan
kami berdua terhenti sebentar apabila minuman yang dipesan tiba. Usai
mengucapkan terima kasih, Laila kembali menyambung. Sebelum itu dia sempat
menghirup air limau ais yang kelihat sangat segar di dalam gelas jernih itu!
“Dan
untuk pengetahuan Kak Rina jugak, Kak Rina adalah orang pertama yang dapat
peluang untuk makan sekali dengan Encik Firas, selain daripada Laila.”
Qishrina
membisu! Pelik! Satu persatu sikap Firas Azril mula terserlah. Qishrina akan
cuba mengorek lagi rahsia lelaki itu daripada Laila. Jika apa yang diharapkan
semakin pudar, dia akan berhenti mengambil tahu hal majikannya.
“Terima
kasih!”
Aku
mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghantar makanan yang dipesan
kepada kami bertiga. Dalam masa yang sama Firas Azril kembali menyertai
Qishrina dan Laila. Aku menjeling sekilas melihat wajahnya. Rambutnya yang
lurus cacak kelihatan basah. Bintik-bintik air halus kelihatan di hujung
rambutnya.
“Encik
Firas dengan Kak Rina makan dulu ye. Saya nak ke ladies sekejap!”
Qishrina
terkejut dengan tindakan Laila. Ingin sahaja dia menarik tangan Laila agar
terus duduk di situ dan jangan ke mana. Dia enggan berdua-duaan dengan
majikannya waima sesaat pun! Namun Qishrina hanya mampu memandang hampa tubuh
langsing Laila yang sudah berjalan laju menuju ke ladies.
Firas
Azril di hadapannya langsung tidak dipandangnya. Makanan yang dipesan dipandang
sepi. Waktu itu baru Qishrina perasan bahawa menu untuk mereka bertiga sama!
‘Aduh,
macamana aku boleh tak tahu ni!’ rungut Qishrina dalam hati
“Hobi
awak memang suka termenung ye?”
Ruang
yang sunyi kembali bersuara. Pertanyaan Firas Azril membuatkan jantung Qishrina
berdegup lebih kencang. Ketika itu perasaan dia bercampur-baur. Rasa hari
pertama dia bertentang mata dengan lelaki ini kembali bersarang di hatinya.
Qishrina juga tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang? Menangis?
Bertenang? Atau berlagak seperti sedang berurusan di dalam pejabat? Semua itu seperti
menolak-nolak di dalam kotak fikirannya.
“Oklah.
Mungkin soalan saya yang ni terlalu susah untuk awak jawab. Cuba awak soalan
saya yang ini pula,” Firas Azril bersuara apabila melihat dia membisu. Jiwa
Qishrina begitu tertekan ketika ini. Kolam matanya mulai suam.
“Qishrina,
awak kenal saya ke?”
Qishrina
terus mengangkat wajahnya. Entah kuasa apa yang masuk ke dalam badannya ketika
itu kerana dia kini sedang menatap dalam mata Firas Azril yang tajam
memandangnya! Lidahnya terasa kelu!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan