KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Jumaat, 6 April 2012

BAB 3 : AKU BUKAN LALANG


Bab 3


“Jangan Aril!”

Jerit Qishrina lantang.  Keadaan kelas tingkatan 2 Bestari yang hingar-bingar menenggelamkan suara halus Qishrina.

“Kau nak lari mana si kecil?” balas lelaki yang bernama Aril.

Dia semakin galak mengganggu semenjak Qishrina ditempatkan ke kelas tersebut.  Jika sebelum ini dia hanya menganggu gadis ketika aku menjalankan tugas mingguan iaitu menyapu sampah,  tetapi kali ini tidak.  Jari telunjuknya ditujukan ke arah wajahnya.  Semakin lama semakin hampir.

“Aril,  kau memang gila!”  laung Qishrina lagi.

Qishrina memang dikenali sebagai gadis yang sopan-santun.  Kesemua pelajar lelaki seusianya di sekolah tersebut amat kenal dengan prinsipnya.  Dia tidak semudah gadis remaja lain yang boleh di sentuh kulit oleh muhrimnya sesuka hati.  Dia seorang yang sangat menjaga batas pergaulan dalam bersahabat.

“Aku tak kisahlah apa kau nak kata,”  gelak tawa Aril dan rakan-rakan menerjah telinga Qishrina.

“Apa kau ni!”  dia menepis jari telunjuk Aril dengan buku yang dipegang.

“Kau cakap kau baik la konon.  Mana-mana lelaki tak boleh sentuh atau tersentuh kulit kau yang putih gebu ni kan?  Sekarang,  mari sini.  Aku nak sentuh kulit muka kau tu,”  Aril semakin menjadi-jadi.

Qishrina seperti ingin menagis.  Dia cuba melaung nama rakan perempuannya yang lain.  Tetapi suara bising kelas menghalang mereka untuk mendengar.  Saat itu juga,  kolam matanya mula berair.  Pandangannya mulai kabur sedikit-demi sedikit.  Rasa takut menghantui.

Saat itu dia hanya memohon agar dirinya dilindungi.  Dalam masa yang sama,  dia berharap guru sejarahnya akan cepat muncul.

“Sentuh pipi dia Aril!  Cuit pipi gebu tu Aril!”  kedengaran suara-suara sokongan dari arah belakangnya.  Ketika itu Qishrina tidak kenal lagi suara siapa.

Jari Aril semakin dekat dengan wajahnya.  Dia cuba melangkah ke belekang.  Namun gagal!  Dia sudah tersandar di dinding.  Tiada ruang lagi untuk melepaskan diri.

         Aril ketawa dengan kuat.  Berdekah-dekah bunyinya.  Matanya bulat memantang wajah yang sudah lencun dek air mata.  Jari telunjuknya itu seperti pedang tajam yang sedang menghunus ke anak matanya.  Matanya tajam dan tampak jijik di mata Qishrina! Dua inci semakin rapat,  seinci lagi wajah putih itu akan terkena jarinya.

“Ya Allah!  Selamatkanlah aku!”  desis hati Qishrina sambil memejamkan mata.  Qishrina sudah tidak mampu untuk mengelak lagi.

Tiba-tiba keadaan kelas menjadi kucar-kacir!  Masing-masing mengambil tempat sendiri.

“Aril!  Cikgu Hawa dah sampai!”

Alhamdulillah!  Qishrina mengucap syukur!  Aril memandangnya tajam.  Wajahnya tampak tidak puas hati.  Tangannya di jatuhkan.  Kasar sekali!  Dia kemudian mendengus keras.

“Tunggu!  Kau takkan terlepas!”

Pesannya.



**********


“Cik Qishrina binti Johan!”

Namanya dipanggil.  Pecah segala lamunan tentang kenangan dahulu.  Dia mencari arah suara itu.

Seorang wanita berdiri terpacak di hadapannya.  Anggun dan sungguh bergaya!  Qishrina memandang wajah licin wanita tinggi lampai itu.  wanita itu menghadiahkan sebuah senyuman manis buatnya.  Qishrina membalas.

“Cik Qishrina,  silakan masuk,”  dia bersuara lagi.  Kali ini tangan kanannya memulas tombol pintu kayu yang bertanda nama Bilik Mensyuarat dan menjemput Qishrina masuk.  Qishrina terus bangun.  Fail ditangannya dipegang erat.  Baju kurungya diurut lembut agar tampak sempurna.  Tudungnya pula disentuh perlahan agar lebih kemas.

“Terima kasih,” ucapnya seraya mengatur langkah masuk.

Berada di dalam ruangan itu sahaja,  hidungnya menangkap bau lembut haruman minyak wangi.  Qishrina terasa tenang buat seketika sebelum kembali tersedar. Dia memandang kerusi yang sedang membelakanginya.

Seorang lelaki sedang terbongkok-bongkok di situ.  Lagaknya seperti mencari sesuatu di dalam almari.  Qishrina menanti dengan hati yang tenang.

“Ini failnya Encik Firas,”  Laila meletak fail di hadapan lelaki yang masih mebelakangi Qishrina.

Firas.  Encik Firas.  Sedap nama.

Qishrina memuji dalam hati.  Dia yang masih tegak berdiri mencuri pandang keadaan di bilik tersebut.

“Silakan duduk Cik Qishrina.”

Akhirnya suara lelaki itu kedengaran.  Laila yang berdiri di sebelahnya turut bergerak mengambil tempat di sebelah ketuanya,  Encik Firas.  Qishrina menarik keluar kerusi lalu duduk dengan penuh tertib.

“Selamat datang Cik Qishrina,  ke Danau Holding!”

Qishrina tersenyum lebar apabila menerima ucapan tersebut.  Namun senyuman itu tidak kekal lama apabila matanya memandang wajah di hadapannya!




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan