KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Jumaat, 6 April 2012

BAB 2 : AKU BUKAN LALANG



Bab 2


Alamak Isya!  Takkan tak ada langsung parking yang dekat.  Hujan ni,”  bebel Qishrina sambil matanya meliar mencari tempat yang sesuai.

“Kau ingat ini kampung ke Rina.  Ini K.L la.  Kuala Lumpur!  Tahu,”  balas Aisya Ameena.  Tangannya ligat memutar stereng kereta.  Entah berapa kali kereta Honda City hitamnya itu berpusing di kawasan itu.

Waktu puncak begini,  memang sukar untuk mencari tempat letak kereta yang kosong.  Lenguh sudah tanggannya.  Mujurlah jenis keretanya automatik.  Tidaklah terlalu rumit.

“Ok.  Jom,  turun.  Aku dah lapar ni,”  Aisya Ameena tiba-tiba memberhentikan kereta.  Enjin di matikan dan kunci dicabut dari tempatnya.

“Kat sini ke?”  Qishrina bertanya dengan nada hairan.  Wajah sahabatnya dipandang.

“Ya.  Takkan kau nak tunggu sampai tempat letak kereta kosong baru nak keluar.  Boleh gastrik aku nanti,”  Aisya Ameena berseloroh.  Dia mencapai tas tangan di sebelahnya.

Qishrina tampak bingung.  Dahinya berkerut.  Otaknya pula ligat berfikir.  Bukan kerana jarak dari kereta hendak ke restoran yang difikirkan,  tetapi kedudukan kereta yang mereka naiki ketika itu.

Aisya Ameena meletak keretanya di belakang sebuah kereta lagi.  Kereta mereka melintangi kereta tersebut.

“Isya!  Kau parking belakang kereta orang la. Tuan kereta ni tak marah kita ke nanti?  Manalah tahu dia nak keluarkan kereta dia dari sini,”  Qishrina memegang lengan Aisya Ameena yang ketika itu sedang mencapai sesuatu di kerusi belakang.

Aisya Ameena hanya diam.  Kata-kata Qishrina tidak di biar berlalu.  Qishrina pula mulai geram apabila pertanyaannya tidak dijawab,  malahan sahabatnya itu seperti tidak dengan./

“Kita ni Rina,  bila sudah duduk tempat yang moden macam ni kena bijak dalam semua perkara.  Kau nampak ni?” 

Aisya Ameena menunjukkan sekeping kertas putting bersaiz segi empat tepat di depan mata Qishrina.  Dia yang terperanjat,  terdorong ke belakang.  Mujurlah belakang kepalanya tidak terhantuk.

“Kertas kosong.  Apa kena-mengena dengan perkara yang aku cakap tadi?”  Qishrina masih belum mengerti.

Aisya Ameena sekali lagi memusingkan kertas tersebut.  Rangkaian nombor telefon bimbit tertera kemas di atas lampiran kertas putih bersih itu.  Besar tulisannya.

Kemudian dengan berhati-hati Aisya Ameena meletak kertas itu di hadapan cermin keretanya.  Qishrina hanya melihat.

“Siap!  Kau nak tahu apa fungsi ‘kertas kosong’ yang kau cakap tak ada kena-mengena ni?”  dalam bersoal,  Aisya Ameena sempat lagi menyindir Qishrina.

“Kau sindir aku ye?  Aku tak tahu!”  dia menjawab geram.  Jejari runcingnya pantas mencubit lengan  Aisya Ameena.  Bibirnya diketap geram.  Qishrina ketawa kecil sambil mengelak lembut.

“Bila tuan empunya kereta ni nak keluar,  dia akan telefon nombor ni dan akan minta aku ubahkan kereta untuk berikan dia laluan.  So,  dia pun tak perlulah tunggu lama-lama.  Call je nombor ni.  Sekarang kau faham?”

Qishrina mengangguk sambil tersengih-sengih.  Dia malu sendiri.  Mereka berdua melangkah keluar dari kereta selepas itu.  Hujan yang pada mulanya menitik halus mulai kasar.  Ini membuatkan mereka terkedek-kedek lari menuju ke arah ruang kaki lima deretan kedai.

D’ nasz Café.  Itu restoran yang menjadi pilihan mereka.  Memandangkan Qishrina baru pertama kali ke sini,  Aisya Ameena dengan senang hati menolong Qishrina memesan makanan di kaunter.

Hari ini Qishrina mempunyai temuduga di sebuah syarikat di kawasan tersebut.  Menurut Aisya Ameena,  syarikat yang bernama Saujana Holding itu hampir dengan rumah sewanya,  Taman Sakura yang terletak di Jalan Tuan Hamidi.  Alhamdulillah.  Setelah berbulan-bulan,  akhirnya usaha Qishrina berhasil.  Walaupun jawatan yang dipohon belum pasti miliknya,  tetapi panggilan untuk ditemuduga sudah cukup untuk dia berasa lega. 

Jam ditangan kirinya dilirik. 8.45 pagi.  Dia masih mempunyai masa yang panjang.  Sementara menunggu Aisya Ameena tiba bersama makanan,  Qishrina mengambil tempat duduk.  Matanya meliar ke seluruh ruang kafe.

“Boleh tahan.  Cantik dan kemas.  Aku pun ada selera nak makan,”  dia bercakap dengan nada perlahan.  Bunyi ketukan jarinya di meja menarik minat beberapa orang di meja berhampiran.  Sedar kesalahan diri,  Qishrina menurunkan tangannya dengan perlahan.

Dia masih belum puas menatap ruang kafe itu.  Qishrina kembali menyambung memuji tentang dekorasi kafe berdindingkan rona merah hitam itu.  Kali ini tiada suara.  Hanya hati berkata-kata.  Dari situ,  dia dapat melihat dengan jelas pengunjung yang keluar dan masuk.  Kepalanya di pusing memandang meja kaunter.  Hatinya lega apabila melihat Aisya Ameena sudah beralih ke arah meja pembayaran bersama sedulang makanan.  Dia tersenyum dan  berpaling kembali ke hadapan.

Zuupp!!

Jantungnya bagaikan ingin berhenti.  Denyut nadinya seperti hilang nada.  Otaknya pula terasa beku.  Manakala tubuh kecilnya umpama dibaling sebiji batu yang besar.

“Ya Allah!  Betul ke apa yang aku nampak ni?”

Qishrina bersuara perlahan.  Matanya tidak berkerdip beberapa saat.

“Hoi Rina!”

Sergahan Aisya Ameena begitu memeranjatkan.  Tubuhnya teehenjut.  Rasa marah dan geram kerana ditegur sebegitu rupa mula menular.

“Amboi,  tengok orang macam nak telan.  Lapar sangat ye?  Nah!  Ni sandwich tuna kau dengan teh tarik,”

Wajah Aisya Ameena ditatap penuh garang.  Tetapi apabila memikirkan kesannya,  dia padamkan saja.  Qishrina tahu dia akan disoal seperti pesalah apabila marah dengan sergahan itu.  lebih menakutkan lagi,  dia akan dipaksa untuk memberitahu sebab sebenar mengapa dia begitu terkejut dan ini akan memebawa kepada kenangan lalu.

“Terima kasih.”

Suaranya bergetar.  Tetapi dia tidak sedar bahawa getaran itu telah berjaya di kesan oleh Aisya Ameena.

“Kau kenapa Rina?  Pucat semacam?”

Dia yang sudah membuka mulut untuk menyuap mee bertanya.  Garfu itu diletak kembali.  Mulut Qishrinna yang kecoh dari rumah sehingga ke dalam kereta tiba-tiba seperti di kunci.  Aisya Ameena hairan.

“Ke… kenapa apa?”  dia tergagap-gagap.  Ketika memandang wajah Aisya Ameena di hadapannya,  dia cuba mencuri lihat ke arah kaki lima luar kafe.

Tiada!  Dia cuba mencari lagi.  Tetap Tiada.  Hanya kelihatan orang lalu-lalang di situ.  Muka Qishrina kelihatan gentar.  Wajahnya tampak tidak ceria seperti sebelum ini.  Tubuhnya mulai tersa dingin.

Tiba-tiba telefon bimbit Aisya Ameena berdering.  Alunan lagu ‘cinta dalam hati’ nynyian kumpulan dari seberang bergema seluruh kafe.

“Hello!”  Aisya Ameena menjawab.  Penuh hormat.

“Oh.  Maafkan saya.  Baiklah.  Saya ke sana sekarang,”  talian dimatikan. 

Dia mencari sesuatui di dalam tas tangannya.  Kunci kereta di capai,  kemudian dia menyorong tas tangannya kepada Qishrina sambil bangun.

“Tolong jaga.  Aku pergi ubah kereta sekejap,”  ujarnya sebelum melangkah dengan tergesa-gesa. 

Aku seperti orang bisu ketika itu.  Peristiwa yang aku lihat tadi seperti menyentap seluruh tenagaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan