KUTUBUKU CARNIVAL BOOKSTORE

Jumaat, 6 April 2012

BAB 1 : AKU BUKAN LALANG



Bab 1

Qishrina tidak menghiraukan bahang panas matahari yang galak membakar kulitnya.  Kenderaan pelbagai saiz yang lalu-lalang langsung tidak menarik minatnya untuk berpaling.  Hujung selendangnya yang sesekali jatuh ke bawah akibat di sapa deruan angin di selak ke belakang dengan sebelah tangan.  Tangan kanannya pula kukuh mengawal handle basikal.

‘Tinggal di kampung,  tetapi bilangan kenderaannya macam tinggal di bandar.’  Desis hati Qishrina.  Peluh halus yang mulai terbit di dahi di seka dengan jejari runcingnya.  Kayuhannya semakin laju berbanding tadi.  Anak matanya memandang lurus ke hadapan.  Qishrina harus pantas tiba di rumah.  Qishrina tidak mahu mak dan ayahnya menunggu lama untuk makan tengah hari bersama. 

Begitulah rutin hidup Qishrina ketika ini.  Selesai menamatkan pengajiannya di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia 5 bulan yang lalu,  Qishrina terus pulang ke kampung halaman.  Sementara menunggu keputusan peperiksaan akhir dan surat panggilan temuduga pekerjaan,  Qishrina nekad untuk mencari kerja sambilan berhampiran dengan rumahnya.  Kata Qishrina,  memerap di rumah membuatkan dirinya menjadi semakin bosan.

Pintu rumah semakin dihampiri.  Penat mengayuh basikal sedikit demi sedikit beransur hilang.  Tiba di ambang pintu,  Qishrina menongkat basikalnya sambil menghela nafas.  Itulah hartanya buat masa ini.  Ingin menunggang motosikal buruk ayahnya Qishrina tidak punya lesen motosikal,  tetapi Qishrina mempunyai lesen memadu kereta.

“Assalamualikum!”  Laung Qishrina lembut tetapi masih dapat di dengar.

“Waalaikumussalam!”

Terdengar suara orang menjawab salam dari dalam.  Pak Itam tersenyum nipis ke arah Qishrina.  Kitab kecil di tangannya di letak ke meja.  Cermin mata yang sedikit melurut ke bawah turut di tanggalkan.  Semenjak Pak Itam berhenti kerja,  Pak Itam banyak menghabiskan masa lapangnya di masjid.  Setiap pagi,  Pak Itam akan ke masjid berdekatan dan berjemaah bersama-sama penduduk kampong.  Kadang-kadang Mak Itam akan turut sama.  Begitu juga apabila menghampiri waktu senja.

“Minta maaf abah.  Rina lambat sikit.  Ramai pula pelanggan hari ni.  Mujurlah ada seorang lagi pembantu.”  Bicara Qishrina sambil menanggalkan selendangnya.  Haba yang terperangkap terasa terbang di hembus udara.  Segar!  Rerambut halus yang menyentuh dahi di raup kasar ke belakang.

“Berhentilah sajalah Rina.  Duduk di rumah pula.  Abah tengok,  semenjak kamu tamat belajar,  sekejap sangat kamu berehat.  Tak sempat nak hilang penat belajar yang bertahun tu.”  Kali ini Pak Itam bersuara.  Wajah mulus anak gadisnya di tatap lama.

“Mana ada penat abah.  Rina pergi belajar.  Bukannya berperang.  Lagi pun Rina bosanlah duduk rumah lama-lama.  Rina kerja ni pun,  sekurang-kurangnya Rina dapat juga duit poket lebih.”  Balas Qishrina kembali sambil berseloroh.

“Selama ni abah bagi duit poket tak cukup ke untuk Rina belanja?  Sikit sangat?”  Soal Pak Itam.  Nadanya seperti berkecil hati.

“Apa pula macam tu.  Bukan itu yang Rina maksudkan.  Abah dengar sini Rina nak cakap.  Daripada Rina buang masa duduk saja-saja di rumah,  asyik makan,  tidur,  lepas tu makan balik,  lepas makan tidur balik,  lebih baik Rina cari kerja.  Dapat juga faedahnya.  Duit pun dapat,  pengalaman pun dapat walaupun hanya sebagai pembantu kedai runcit.  Itu maksud Rina sebenarnya.”  Jelas Qishrina panjang lebar.  Dia yang pada mulanya duduk bertentangan dengan Pak Itam sudah beralih tempat di sebelah Pak Itam.

Qishrina tidak mengerti mengapa Pak Itam seperti terusik dengan bicaranya sebentar tadi.  Padahal Qishrina langsung tidak terfikir ke arah itu.  Sambil memandang wajah tua itu,  Qishrina membuat andaian sendiri.  Mungkin Pak Itam mahu Qishrina menghabiskan masanya di rumah sahaja.  Mungkin juga Pak Itam ingin berbual-bual dengan Qishrina dengan lebih panjang.  Hanya Qishrina yang kerap pulang ke rumah jika dibandingkan dengan abangnya.  Tugasnya yang memerlukan dia bertugas di tengah lautan membuatkan Nashrin jarang pulang ke rumah.

“Rina,  bila kamu sampai?  Tak dengar pula suara kamu mengusik abah hari ni.”

Mak Itam yang tiba-tiba muncul dari dapur menegur Qishrina.  Mak Itam hairan kerana tiada suara riuh-rendah yang kedengaran hari ini.  Lazimnya,  Qishrina akan menyakat Pak Itam setiap kali pulang dari kedai tempatnya bekerja.  Qishrina yang dari tadi asyik mengelamun tersentak.  Tubuh Mak Itam di pandang sekilas.

“Tak sempat nak mengusik mak.  Abah awal-awal lagi dah meajuk dengan Rina.”  Adu Rina kepada Mak Itam.  Lncar sekali.  Mulutnya sengaja di muncungkan.

Mak Itam hanya terrsenyum sambil menggelengkan kepala.  Drai dahulu,  Mak Itam sudah faham dengan ragam dua beranak ini.  Ada sahaja yang hendak di sakat sesame sendiri.  “Abah nak bermanja dengan Rina tu.  Janganlah ambil hati pula.”  Mak Itam cuba memujuk Qishrina.

“Sampai hati abah cakap kat Rina macam tu.”

“Sudah la tu.  Semuanya nak merajuk  teruklah mak kalau macam ni.  Nak kena memujuk pula.  Mak pun nak merajuk jugalah.”

Qishrina terkejut mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Mak Itam  begitu juga Pak Itam.  Bulat mata mereka memandang Mak Itam yang sudah berpaling ke arah lain.  Masing-masing berpandangan antara satu sama lain.  Belum sempat Qishrina dan Pak Itam membuka mulut untuk bertanya,  tawa halus kedengaran.  Suara Mak Itam!  Qishrina baru sedar.  Rupa-rupanya Mak Itam hanya bergurau.

“Mak ni saja tau!”  jerit Qishrina halus sambil berlari mendapatkan tubuh Mak Itam.  Tubuh kurus itu di peluk penuh kasih sayang.

Guarauan mereka sekeluarga berakhir di situ apabila Mak Itam mengajak Qishrina dan Pak Itam untuk makan tengah hari.


******************************


“Encik Firas,  hari ni Datuk Fadhil minta Encik Firas gantikan tempatnya.  Datuk ada urusan penting di Johor.”  Laila.  Pembantu peribadi Datuk Fadhil menyampaikan pesanan kepada Firas Azril.

‘Aduh!  Pak Cik aku ni.  Pagi-pagi dah bagi kerja baru untuk aku.’  Desis hati kecil Firas Azril.  Dia tiba lebih awal di pejabat hari ini.  Tidak sangka kedatangannya hari ini akan di ‘sambut’ dengan tugas baru.

Semenjak di beri kepercayaan oleh Datuk Fadhil untuk membantunya menguruskan syarikat,  Firas Azril semakin faham dengan rutin hariannya.  Tiada lagi istilah bersenang-lenang dan tiada lagi istilah untuk bangun lewat setiap hari.  Melainkan di hujung minggu.  Segalanya perlu dilakukan mengikut masa yang di tetapkan.

“Terima kasih Laila.  Ada apa-apa lagi?”  soal Firas Azril lagi sebelum menuju ke biliknya.

“Itu saja Encik Firas.”  Jawab Laila. 

Firas Azril terus mengatur langkah ke biliknya.  Alat kawalan jauh pebhawa dingin di capai lalu di hidupkan pada suhu yang rendah.  Dingin angin pagi masih lagi membalut tubuhnya.  Cermin tingkap di sebelah di pandang sepi.  Tiada apa yang dapat di lihat.  Titisan wap memenuhi permukaannya.  Kabur.  Komputer riba berjenama Sony Vaio di hidupkan.  Sementara menanti paparan skrin muncul,  Firas Azril mencapai diari birunya yang kemas tersimpan di dalam laci meja.

Datuk Fadhil tidak mahu Firas Azril terlalu bergantung harap kepada pembantu peribadi sahaja dalam urusan harian.  Terutama yang berkaitan syarikat ini.  Oleh sebab itulah,  Firas Azril akan melihat diarinya setiap pagi.  Apa sahaja temujanji untuk hari esok dan seterusnya,  semuanya akan di catat di dalam buku biru tersebut.  Kecualilah jika dia menerima urusan atau temujanji di saat akhir.  Jika berlaku situasi seperti itu,  Laila akan menyampaikan kepadanya sendiri.

Melihat muka surat pada diarinya,  Firas Azril merasakan bahawa waktu dia berada di pejabat agak terluang.  Sebelah pagi,  tiada langsung temujanji di adakan.  Menjelang tengah hari pula  Firas Azril perlu ke tapak projek.  Melihat waktu yang tertera,  nampkanya ia begitu hamper dengan waktu makan tengah hari.  Mujurlah lokasi tapak projek itu agak berdekatan dengan pejabatnya.  Menghampiri waktu petang pula  Firas Azril perlu menghadirkan diri untuk sama-sama minum petang bersama orang penting Datuk Fadhil.

Semestinya urusan yang melibat sahabat atau kenalan Datuk Fadhil,  Firas Azril tidak mengambil mudah.  Dia juga dapat merasakan bahawa Datuk Fadhil beria-ia mahukannya membantu membangunkan syarikat yang baru di tubuhkan ini.

Ini buktinya!  Sesi minum petang bersama salah seorang yang terpengaruh dalam bidang perniagaan.  Firas Azril pasti,  ini bukan sesi minum petag biasa.  Pasti ada perkara yang ingin di bincangkan.

Melihat deretan temujanji yang tercatat,  Firas Azril teringatkan tugasan yang baru sahaja di sampaikan oleh Laila sebentar tadi.  Baru dia sedar bahawa dia tidak dimaklumkan tugasan yang sebenar.  Serta-merta butang interkom di atas meja ditekan.

“Ya Encik Firas?  Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”  sambut Laila apabila talian disambungkan.

“Laila,  Datuk minta saya gantikan tempat apa ya?”

“Oh!  Encik Firas belum tahu ke?  Pukul 10.30 pagi ini ada satu sesi temuduga untuk jawatan kosong di syarikat ini.  Jadi Encik Firas perlu ambil alih tugas ini daripada Datuk,”  ujar Laila.  Padat.

“Kalau macam tu,  kamu sediakan bilik mensyuarat sekarang juga.  Jangan lupa dokumen-dokumen yang diperlukan sekali.”  Firas Azril memberi arahan.

“Baiklah Encik Firas,”  patuh Laila yang sudah bersedia untuk mematikan talian.

“Lagi satu Laila,  kamu perlu berada dengan saya sepanjang sesi temuduga ini berlangsung.”

Tamat sahaja panggilan,  dia tersandar.  Tanggannya dilapik di belakang kepala.  Nafasnya dihembus kasar.

Mujurlah sebelum ini Datuk Fadhil pernah mengajaknya melihat bagaimana sesi temuduga bagi setiap jawatan kosong di syarukat ini dijalankan.  Sekurang-kurangnnya dia sudah ada pengalaman untuk mengambil alih ‘tugasan mengejut’ ini.

Firas Azril merasakan ini cabaran barunya.  Baru berumur 22 tahun,  sudah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perkara yang besar dalam sesebuah syarikat.

‘Rosak rancangan aku nak breakfast dengan shahira.’  Bisik hatinya yang sedang dihujani buih-buih cinta yang wangi.

Aula Shahira.  Gadis berdarah campuran Melayu-Jerman telah berjaya mengetuk hati jejaka ini.  Kehadirannya ketika Firas Azril kehilangan ibu tercinta telah mengembalikan rentak hidup yang baru.  Terpaut dengan kasih sayang yang ditabur ikhlas untuk 3 orang adiknya dan tanpa ragu-ragu dia nekad untuk terus memegang hati gadis itu.  Apatah lagi bibit-bibit sayang mula bercambah di jiwa.

Dentuman guruh di luar mematikan lamunan Firas Azril.  Wajah bersihnya diraut kasar.  Sedar masa sedang berjalan,  Firas Azril bangun untuk mengisi perut di restoran berdekatan.  Sedari pagi lagi,  perutnya kosong tanpa sebarang makanan.

Telefon bimbit dicapai dan terus meninggalkan pejabatnya.  Bilik itu kembali sunyi.  Hanya kedengar bunyi kerusi yang berpusing hambar dan lama-kelamaan berhenti dengan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan